logo

Bachelor of Business in Human Resource Management

   

Added on  2021-08-30

8 Pages2225 Words170 Views
TUNKU ABDUL RAHMAN U N I V E R S I T Y C O L L E G E
FACULTY OF ACCOUNTANCY, FINANCE & BUSINESS
MPU-3113 HUBUNGAN ETNIK
Bachelor of Business in Human Resource Management
Year 2 Semester 2
NAME STUDENT ID
MOHAMAD SHAFIQ SHARIFUDIN
SARIBUDIN
20WBR07651
JULIANA LOURDES A/P ROBERT
JOHN
20WBR07640
TAN PIIN SHYAN 20WBR07659
LEE SYN YI 20WBR07645
NAME OF TUTOR : ROSLIZAWATI BINTI
TAIB
DATE OF SUBMISSION : 22 NOVEMBER 2020

Kumpulan kami telah memilih video yang bertajuk "Jiran 2+1" sebagai bahan kajian isu
hubungan etnik. Tiga konsep hubungan etnik yang terdapat dalam video hubungan etnik yang
dipilih ialah:
1. Konsep
a. Konsep - Diskriminasi
Definisi
Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang
mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Tuntasnya, diskriminasi ialah
perbuatan membanding seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-
ciri etnik semata-mata. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk. Diskriminasi dalam
bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelakkan
diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan. Diskriminasi mencapai tahap tertinggi
apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan
penghapusan sesebuah kumpulan etnik (Hussin, 2009). Contohnya, Sangeethe seorang murid
kaum India telah dilayan buruk oleh murid sekelasnya seperti mejanya diconteng dan dia
disimbah air ketika dia sedang berada di tandas.
Bukti Konsep
Bukti yang dapat ditunjukkan melalui video tersebut, Chappati menerima layanan
buruk oleh jiran barunya iaitu Ah Gong yang merupakan seorang kaum Cina. Selain itu, Waja
yang merupakan kaum Melayu telah melayan Chappati iaitu seorang kaum India dengan
buruk apabila dia sedang mengambil daun pandan di depan rumahnya. Ah Gong juga telah
memarahi Waja kerana membakar sampah di depan rumahnya. Kesemua bukti yang
dinyatakan adalah suatu diskriminasi di mana telah diwujudkan oleh kaum lain dan boleh
menyebabkan kaum berpecah belah dan boleh wujudnya kesalahfahaman antara kaum.

b. Konsep - Stereotip
Definsi
Stereotaip adalah sebuah keyakinan positif ataupun negatif yang dipegang terhadap
suatu kelompok sosial tertentu. Setelah munculnya stereotaip maka akan muncul prejudice
atau prasangka yang merupakan sikap negatif yang tidak dapat dibenarkan terhadap anggota
kelompok tersebut (Eva NurKhofifah, 2019). Sebagai contohnya, murid kaum Cina telah
menyatakan bahawa kaum India adalah kaum yang suka mencuri dan penjenayah dan semua
tomahan yang dilemparkan kepada kaum India adalah kerana warna kulit mereka yang gelap.
Bukti Konsep
Bukti yang dapat ditunjukkan melalui video tersebut, Ah Beng dan Ah Lian iaitu kau,
Cina telah memberitahu anak-anaknya bahawa jirannya iaitu kaum India adalah pencuri.
Selepas isu pergaduhan, Waja iaitu bapa kepada Myvi meminta Myvi supaya tidak berkawan
dengan kaum Cina dan India dan memberitahu Myvi bahawa kaum Cina dan India adalah
kaum yang penjahat. Sementara itu, Ah Beng dan Ah Lian juga meminta anak-anaknya
supaya tidak berkawan dengan kaum India dan Melayu kerana ibu bapa mereka menganggap
kaum Melayu ialah pemalas dan kaum India ialah pencuri. Ini jelas ternyata bahawa Ah
Beng, Ah Lian dan Waja telah mewujudkan stereotaip terhadap kaum lain dan itu boleh
membawa kepada perpecahan kaum.
c. Konsep - Akomodasi
Definisi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmoni dan menghormati
antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai
wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini
begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan
budaya mereka dalam keadaan harmoni (Sabree Hussin, 2009). Contohnya, Siti iaitu kaum
Melayu membantu kawannya Ah Chong yang terjatuh walaupun Ah Chong seorang kaum
Cina.
Bukti Konsep

End of preview

Want to access all the pages? Upload your documents or become a member.

Related Documents
Penghayatan Iman dan Formalisme Agama
|4
|793
|227

(PDF) PENGARUH PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN
|16
|2217
|184

PERLINDUNGAN HAKI DAN DAMPAKNYA TERHADAP
|10
|5494
|75

DBA 44558 Perdagangan komuniti online
|14
|1708
|35

Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia
|39
|11161
|400

Literature Review : Assignment Sample
|22
|4843
|336