CTU 211 Report: Challenges of Modern Science and Technology on Muslims

Verified

Added on  2021/07/02

|30
|7618
|549
Report
AI Summary
This CTU 211 report examines the challenges that modern science and technology present to the Muslim community, focusing on various aspects such as the influence of media, the breakdown of family institutions, and the issue of corruption and misuse of power. It explores the impact of these challenges and proposes potential solutions from an Islamic perspective, emphasizing the importance of media as a tool for positive change, the strengthening of family values, and the promotion of ethical conduct. The report also discusses the importance of integrating Islamic principles to address the challenges faced by Muslims in the contemporary world, with references to the Quran and Hadith. It highlights the significance of moral and spiritual development in navigating the complexities of modern life and achieving a holistic approach to progress. The paper also emphasizes on the importance of education and the role of individuals in upholding Islamic values in the face of modern challenges, with the goal of building a strong and ethical society.
Document Page
CTU 211
REPORT ASSIGNMENT
(CABARAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN KE ATAS UMAT
ISLAM)
LECTURER’S NAME
USTAZAH NURUL HIDAYAH AWANG @ ABDUL RAHMAN
NAME STUDENT ID
NUR FARAH WAHEEDA BINTI CHE AZIZ 2018270738
NUR SYAHIRAH BINTI MOHD RAMZI 2018296234
ERFA NAZIRA BINTI OSMAN 2018407812
NURUL AFIQAH BINTI MOHD ASRI 2018445939
Submission Date : 1 7 1 1 2 0 1 9
1
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
TABLE OF CONTENTS
1. Pengenalan …………………………………………………. Page 3
2. Isi + huraian ………………………………………………… Page 5
3. Cabaran ,cadangan, penyelesaian……………………….. Page 7
4. Kesimpulan …………………………………………………. Page 27
5. Rujukan ……………………………………….…………….. Page 29
6. Etika & moral professional………………………………….. Page 30
1.0 Pengenalan
2
Document Page
Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi yang semakin pesat, tidak
dapat dinafikan masyarakat Malaysia turut berhadapan dengan pelbagai isu dan
cabaran yang menuntut kekuatan diri (jasmani, emosi, rohani dan intelek) dalam
usaha mencapai status negara maju secara holistik. Oleh itu, pembangunan modal
insan dilihat sebagai salah satu strategi kerajan untuk membangunkan kualiti dan
daya tahan masyarakat. Sebagai sebuah negara di mana Islam sebagai agama
rasmi, strategi untuk membangunkan modal insan tidak lengkap jika aspek ad-din
yang merangkumi al-Quran dan al-hadis tidak dijadikan panduan dan rujukan utama
ke arah mewujudkan insan syumul, yang dapat mempengaruhi kehidupan berakhlak,
bermoral dan memiliki jati diri, sebagai elemen penting dalam pembangunan insan.
Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang pembangunan modal insan di
Malaysia, dari perspektif al hadis. Iaitu untuk melihat sejauhmana pembangunan
modal insan di Malaysia selaras dengan tuntutan alhadis dan al-sunnah.
Cabaran sains dan teknologi moden ke atas umat islam telah berkembang
seiring dengan corak pembangunan tamadun manusia di alam semesta ini. Sejarah
tamadun manusia memerlukan usaha manifestasi nilai dalam skop perspektif
mereka sendiri. Kenyataan di atas bole dibuktikan dengan sandaran yang kukuh
dengan maksud sains dan teknologi itu sendiri. Sains dan teknologi telah
berkembang dengan cara yang teratur berdasarkan objektif kajian saintifik. Inovasi
dan penciptaan sains dan teknologi dipengaruhi oleh epistemologi dan metodologi.
Objek kajian dalam disiplin sains dan teknologi juga dibahagikan kepada kategori
ang berbeza dan juga mewujudkan cabang pengetahuan sendiri. Kertas kerja ini
membincangkan tentang cabaran sains dan teknologi moden ke atas umat islam
dalam tamadun islam.
Nampak dengan jelas bahawa kemajuan dan pembangunan pesat sesebuah
negara mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor moral rakyatnya. Iaitu
berpengetahun, berkemahiran, memiliki sikap yang positif, dan jati diri yang
mampan. Faktor-faktor moral ini pula dicirikan oleh nilai-nilai kehidupan beragama
yang tinggi, berakhlak, memilikki modal insan, yang ditunjangi oleh keyakinan
kepada Allah. Sejarah tamaddun sesebuah negara bangsa tidak akan berdiri megah
hanya berpaksikan kepada sistem nilai yang hanya ditentukan oleh peradaban
manusia yang meletakkan pemikiran logik akal, aspek tradisi dan budaya sebagai
penentu baik buruk sesuatu tingkah laku. Hari ini Barat yang mengklafikasikan
negara mereka sebagai nagara maju, sedang menghadapi krisis moral yang hebat
diselubungi oleh keruntuhan aqidah, faham liberalisme, terlalu mementingkan hak
asasi manusia, dan menolak kehidupan beragama. Hari ini dapat disaksikan krisis
3
Document Page
nilai yang cukup hebat dalam kalangan mereka. Menyedari hakikat ini, Malaysia
sedang bergerak kearah memantapkan modal insan rakyatnya supaya wawasan
dan matlamat untuk mencapai negara maju menjadi realiti, berdasarkan acuan dan
budaya tempatan. Malaysia agak bertuah kerana kedatangan Islam dengan
sendirinya telah membentuk satu modus operandi yang jelas dan berfokus dari segi
fizikal dan rohani dalam usaha membangun dan memantapkan nilai-nilai insan
dalam kalangan rakyatnya. Oleh itu tidak dapat dinafikan modul pembangunan insan
yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW melalui hadis dan sunnah merupakan
manisfestasi daripada kehendak Al-Quran, yang perlu dijadikan penanda aras
kepada gerakan pembangunan modal insan yang dihasratkan oleh kerajaan. Al-
Hadis yang merupakan sumber kedua penting selepas Al-Quran, mempunyai
peranan penting dalam usaha menjana manusia yang berkualiti, dan memiliki nilai-
nilai modal insan yang tinggi. Ini kerana al-hadis merupakan gambaran kehidupan,
pemikiran, tingkah laku, akhlak Rasulullah SAW. Berdasarkan hakikat ini, tingkah
laku Rasulullah SAW adalah dianggap “suri teladan” dalam menentukan hala tuju
gelagat manusia itu sendiri. Ini dtegaskan oleh Saidatina Aishah, apabila ditanya,
bagaimanakah akhlak Rasulullah, Saidatina Aishah menjawab bahawa akhlak
Rasulullah SAW ialah al-Quran. Memisahkan pembangunan modal insan daripada
acuan Islam, merupakan suatu penyelewangan daripada hakikat fitrah kejadian
manusia itu sendiri.
2.0 Isi dan huraian
4
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
2.1 Objektif
Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat :-
- Menyatakan peringkat perkembangan sains dan teknologi
- Menjelaskan perspektif islam terhadap sains dan teknologi
- Menghuraikan prinsip utama yang menjadi landasan sains dan teknologi
islam
2.2 Konsep Sains & Teknologi
- Ajaran islam tidak menegah manusia daripada melaksanakan kegiatan
sains dan teknologi. Perkara ini telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh
ulama dan sains Muslim. Bukti-bukti daripada nas al-Quran juga menunjukkan
tiada halangan bagi manusia untuk menimba ilmu pengetahuan dan
mengaplikasikan ilmu-ilmu sains, bahkan ia adalah digalakkan dan hukum
mengembang dan mengaplikasikan sains dan kemaslahatan umat manusia
adalah fardhu kifayah.
2.3 Sains & Teknologi Menurut Bahasa & Istilah
Maksud sains dan teknologi moden:
Dari segi bahasa:
Sains : Diambil daripada perkataan latin iaitu scio, scire atau scientia bermaksud
tahu.
Teknologi : Diambil daripada bahasa Yunani techne iaitu seni atau kerja tangan dan
perkataan logos iaitu teori.
Dari segi istilah:
5
Document Page
Sains : Mengikut kamus dewan, sains iaitu satu cabang ilmu pengetahuan
yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata mata seperti
ilmu fizik,kimia,kaji hayat dan sebagainya.
Teknologi : Teknologi bermaksud penggunaan bersistem hasil daripada
pengetahuan sains untuk tujuan amali bagi mencapai matlamat atau tujuan
yang praktikal.
2.4 Kedudukan Sains Dan Teknologi Dalam Islam
Skop: Sains dan teknologi islam merangkumi pelbagai bidang ilmu
yang bersumberkan wahyu dan ilmu intelek manusia yang tidak
bertentangan dengan syariat .
Tujuan : Sains dan teknologi dalam Islam bertujuan memberi
kemudahan kepada manusia dan menjaga keharmonian alam semesta
.
Kefardhuan: Kefardhuan sains dan teknologi dalam islam merangkumi
dua kefardhuan iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah.Bidang sains dan
teknologi menjadi fardu ain sekiranya ia dapat menyelesaikan perkara
perkara asas dalam islam.Manakala menjadi fardhu kifayah dalam
memberi sumbangan yang besar untuk menyempurnakan fardhu
ain.Contohnya, mewujudkan sistem pengairan bagi memudahkan
manusia untuk bersuci dan berwuduk.
6
Document Page
3.0 Isu,Cabaran Sains Dan Teknologi Moden Kepada
Umat Islam Dan Penyelesaian
Isu Dan Cabaran
Pengaruh media di dalam masyarakat
- Media seperti media eletronik (televisyen, radio, blog, laman sosial, laman
web) atau media cetak (surat khabar,majalah) memainkan peranan yang
amat penting dalam menyebar, menyampaikan dan menerima informasi.
Tetapi kini, media dilihat sebagai salah satu alat yang telah merubah etika,
rohani dan jasmani yang harmoni kepada sifat yang menyalahi hukum alam.
Misalnya, remaja kini sering terpengaruh dengan media eletronik atau media
cetak sehingga menyebabkan mereka terjebak dengan aktiviti yang tidak
bermanfaat seperti zina, dadah, judi, alkohol dan bahan-bahan lucah.
- Menurut Syeikh Yusuf al-Qardawi (2001) ,seorang pujangga Barat
berpendapat bahawa manusia dalam perjuangannya dengan alam,
sesungguhnya telah mencapai kemenangan dengan senjata ilmu
pengetahuan. Tetapi, dalam perjuangan melawan nafsunya sendiri, belum
mengarah kepada kemenangan, sedang senjata ilmu pengetahuan tidak
dapat menolongnya. Ini kerana nafsu perlu dilawan dengan kekuatan iman
seseorang disertai dengan kemahuan bukannya boleh dilawan dengan ilmu
pengetahuan. Rasulullah S.A.W bersabda:
”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya.”
(Riwayat Bukhari)
Mengendalikan hawa nafsu adalah amat penting kerana jika gagal
menyawalnya dengan baik manusia akan terjerumus ke lembah kesesatan
dan kehinaan.
Allah S.W.T berfirman:
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar
merekalah orang-orang yang beruntung. ( Al-Imran: 104)
- Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, media perlu berfungsi sebagai
medium dakwah yang akan membawa perubahan yang positif dan
bermanfaat kepada masyarakat. Disebabkan manusia kebanyakannya
senang terpengaruh dengan bahan bacaan yang mereka minati. Menjelang
usia Rasulullah S.a.w 40 tahun, baginda sering berhulwah di Gua Hira‟ untuk
memuhasabah diri,menyucikan jiwa dan menjauhi daripada kemaksiatan
pada masyarakat masa itu. Ternyata ia berkesan, kerana muhasabah diri
7
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
membuatkan kita semakin dekat dengan pencipta, jauh dari terpengaruh
dengan anasir-anasir negatif dan memberi anjakan paradigma kepada kita
untuk berubah menjadi lebih baik. Menurut Dr. Said Ramadan al-Buti, tidak
ada jalan yang lebih baik untuk mencintai Allah s.w.t. melainkan dengan
merenung keagungan-Nya dan bertafakur dengan segala nikmat yang
dikurniakan-Nya serta memperbanyakkan mengingati-Nya (zikir). Jadi,
kerajaan perlu mengadakan program-program yang berbentuk spiritual yang
dapat memberi kesan-kesan positif kepada anggota masyarakat untuk
muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T serta menjauhi dari
kesibukan dunia. Dengan menggalakkan mereka membuat begitu ia juga
mampu menambah semangat cintakan Allah S.W.T .
Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya:
“ Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia
berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak
akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan
seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia
berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan
rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang
sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna
imannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksudnya, walaupun media memaparkan perkara-perkara yang tidak
sepatutnya, mereka tidak akan mudah terpengaruh kerana mereka
mempunyai pendinding yang mampu menghalang mereka iaitu iman. Media
juga perlu menyedari yang mereka mempunyai tanggungjawab sosial dan
manfaat yang perlu diberi kepada pembaca.Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka
hendaklah ia melakukannya.‟
5 Perkataan manfaat boleh diterjemah dalam pelbagai keadaan. Antaranya
manfaat dari media kepada pembaca ialah dari sudut ilmiah. Rasulullah
S.A.W menggalakkan umat Islam sentiasa member manfaat kepada yang lain
samada dari segi tenaga,harta benda, dan tindakan. Manfaat akan membina
akhlak terpuji, berilmu pengetahuan, sikap rajin bekerja, kreatif dan
sebagainya. Ia juga sebagai wadah dalam melaksanakan modal insan dan
seterusnya membina masyarakat yang berakhlak terpuji.
8
Document Page
Keruntuhan Institusi Keluarga
- Keluarga memainkan peranan penting dalam membina sahsiah diri seorang
manusia kerana manusia akan terpupuk akhlaknya mengikut persekitaran
dan cara dia dibesarkan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
melahirkan insan rabbani dari segi rohani dan jasmani. Mengikut laporan
yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, kes penceraian yang telah
direkodkan mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia adalah 75,229 di seluruh negara (Utusan Malaysia 03 March 2009).
Ia menjelaskan kepada kita bahawa Malaysia sedang mengalami masalah
yang serius dalam membina institusi kekeluargaan. Kajian yang dilakukan
oleh Jabatan Pendaftaran Negara melaporkan bahawa faktor utama
penyebab berleluasa masalah penceraian di Malaysia adalah ketidaksetian,
tidak lagi menyayangi pasangan dan masalah emosi yang berlaku di alam
perkahwinan. Firman Allah di dalam al-Quran,
“Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling
hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan
perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada
bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada
isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu
kerjakan.” (Surah AnNisa´: 128)
- Imam Ghazali menegaskan di dalam bab hak isteri di dalam kitab ihya‟
ulumuddin bahawa berbuat baik terhadap isteri dengan menahan perasaaan
marah dan bersabar atas kerenah mereka dan juga dilarang seorang suami
itu terlalu berprasangka buruk terhadap isterinya dan selalu mencari
kesalahan isterinya. Ini kerana kesan negatif daripada penceraian akan terjadi
kepada anak-anak. Mereka akan mengalami tekanan emosi semasa proses
pembesaran dan mereka juga akan mengalami ganguan emosi kerana
kurang kasih sayang dari ibu dan bapa.Sesetengah kes yang berlaku, ibu
bapa melupakan tanggungjawab mereka sebagai pembimbing dan pendidik
kepada anak-anak selepas berlakunya penceraian. Oleh itu, contohilah
Rasulullah S.a.w di dalam membina hubungan dengan pasangan. Antara sifat
Rasulullah S.a.w, baginda suka bergurau senda dengan para isterinya dan
mengikut cara fikiran mereka, sesuai dengan peringkat akal mereka seperti
Baginda S.a.w pernah mengajak Aisyah r.a melihat permainan orang-orang
Habsyi, Baginda S.a.w juga pernah berlumba lari dengan Aisyah r.a
sepertimana yang diceritakan di dalam hadis-hadis masyhur.
Rasulullah S.a.w bersabda:
9
Document Page
Sebaik-baik kamu semua ialah yang terbaik sikapnya kepada keluarganya
dan saya adalah yang terbaik di antara kamu semua ini terhadap keluargaku
sendiri. ( Diriwayatkan oleh Tirmidzi)
- Institusi kekeluargaan yang berkembang di dalam suasana yang harmoni,
teratur dan aman berupaya menghasilkan seorang insan yang berakhlak
mulia, teguh jati diri, berkepimpinan dan berdedikasi.
Allah S.W.T telah berfirman:
‟Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari seksaan api neraka‟ (At-Tahrim:6)
Syeikh Jamaluddin menyebut di dalam kitabnya jawami‟ul adab fi akhlak al-
anjab, institusi kekeluargaan akan menyelamatkan anak-anak dari terlibat di
dalam gejala yang tidak baik seperti jenayah disebabkan mereka telah
dibimbing dan didik dengan baik.
Penyalahgunaan Kuasa dan Rasuah
- Gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah boleh mencemarkan imej
sesebuah negara. Malaysia tidak terkecuali adalah salah sebuah negara yang
turut mengalami masalah ini dan ia semakin berleluasa di kalangan
masyarakat. Malaysia merupakan negara paling buruk prestasinya di
kalangan negara-negara Asia Pasifik dalam Indeks Persepsi Rasuah
Transpercy International ( 2010). Dengan pelbagai program yang
dilaksanakan oleh kerajaan, ia dilihat tidak dapat membantu memulihkan imej
negara malah semakin buruk. Allah menegaskan pengharaman rasuah di
kalangan umat Islam dengan berfirman:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara
kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu
mengetahui (salahnya)(Surah al-Baqarah, ayat 188).
10
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
- Mengikut Dr Wahbah Zuhaili, di dalam tafsirnya memakan harta dengan jalan
yang salah adalah meliputi setiap perlakuan mengambil harta orang tanpa
haknya dan ia adalah satu jenayah yang perlu dibanteras. Amalan rasuah
dilarang keras oleh Allah S.W.T kerana ia adalah salah satu dari unsur
penindasan dan kezaliman serta mengambil hak orang lain dengan cara yang
tidak betul. Maka amalan ini tergolong di dalam dosa besar dan balasannya
adalah neraka.6 Gejala rasuah ini berlaku kerana masyarakat Malaysia yang
lebih cintakan harta dari takutkan balasan dari Allah S.W.T.
- Sikap materialism yang dipupuk oleh barat telah berjaya menghasut
masyarakat kita terlibat dengan penyelewengan dan kesesatan. Tetapi, jika
dilihat sejarah para Khulafa‟ al-Rashidin, bagaimana sikap mereka cukup teliti
dan takut dengan amanah yang diberi sehingga Saidina Umar pernah berkata
:
“Jika seekor unta mati akibat kelalaian di tebing Sungai Furat, aku bimbang
keluarga alKhattab akan dipersoalkan‟
Hebatnya keimanan para sahabat pada zaman dahulu, mereka rela hidup
dalam kesederhanaan berbanding kemewahan. Saidina Uthman r.a sebelum
dilantik sebagai khalifah, beliaulah orang yang paling banyak memilikI unta,
tetapi selepas dilantik, beliau hanya mempunyai 2 ekor unta yang digunakan
oleh beliau.
Allah S.W.T berfirman :
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami)
kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka
mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya
(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada
ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup
memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah
suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang
tidak patut dikerjakan”. Surah Ahzab:72.
Gejala rasuah perlu ditangani dengan segera. Antara usaha-usaha yang
boleh dilakukan untuk membanteras gejala ini adalah dengan memupuk sikap
melalui kepimpinan mengikut teladan. Rasulullah S.A.W adalah pemimpin
yang patut dicontohi oleh semua. Rasulullah mengamalkan sikap zuhud
dalam kehidupannya dan mengamalkan hidup sederhana, membanteras
rasuah dan membenci sikap materialism.
Sahabat meriwayatkan bahawa Urwah bertanya:
"Apakah makanan kamu?
11
Document Page
Jawab Aisyah: Korma dan air. Dan ada kalanya tetangga Rasulullah s.a.w
mengirimkan hadiah susu ternak mereka" (Bukhari, Muslim) Hadis ini
menunjukkan bagaimana sederhananya kehidupan baginda jika dibandingkan
dengan umat Islam zaman sekarang. Umat Islam terlalu risaukan kemiskinan
disebabkan itu punca berlakunya penyelewengan kuasa dan amalan rasuah.
Allah berfirman di dalam al-Quran :
“Bermegah-megahan Ételah melalaikan kalian, sampai kalian masuk ke
dalam kubur.” (At Takatsur: 1-2)
Berleluasa Budaya Fitnah
- Sejak zaman Rasulullah S.A.W fitnah telah berlaku. Misalnya, tentang Ummul
Mukminin iaitu Aisyah r.a dengan salah seorang sahabat baginda tetapi Allah
S.W.T telah membersihkan Aisyah r.a dari fitnah itu. Kemudian berlaku juga
fitnah semasa permerintahan Khalifah al-Rasyidin, Bani Umaiyyah dan Bani
Abasiyyah sehingga menyebabkan perpecahan, hura hara, pembunuhan dan
peperangan antara umat Islam. Akhir-akhir budaya fitnah memfitnah dapat
disebarkan dengan lebih cepat, pantas, meluas dan mudah berbanding
zaman dahulu dengan adanya internet, blog, khidmat pesanan ringkat( SMS),
e-mail dan laman-laman sosial seperti facebook dan twitter. Di dalam bab
menerima perkhabaran dari orang lain,
Allah telah memberi garis panduan di dalam firman-Nya di dalam surah al-
Hujurat ayat -6 : Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini,
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu
menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih
dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah
dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang
dibawanya.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda
meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang
tidak disenanginya.
12
chevron_up_icon
1 out of 30
circle_padding
hide_on_mobile
zoom_out_icon
[object Object]