Universiti Teknologi MARA: Society and Culture in Chinese Civilization

Verified

Added on  2021/07/02

|22
|4843
|336
Report
AI Summary
This report, prepared for CTU551 at Universiti Teknologi MARA, explores the society and culture within Chinese civilization. It begins with an introduction defining civilization and providing historical context, followed by a literature review examining existing scholarship. The methodology section outlines the qualitative research approach used. The core of the report focuses on key aspects of Chinese society, including its family system, social hierarchy, and governance structure, referencing primary and secondary sources. The report discusses the roles of the emperor, officials, and various social classes, highlighting the importance of family and ethical principles. It concludes with a summary of findings and suggestions for further study. The report covers topics like the historical development of China, its social structure, and cultural practices.
Document Page
1
October 19, 2016
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM, SELANGOR
2016
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN CHINA
SA’ADAH BINTI MOHD AMIN HELMI
No pelajar
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
2
October 19, 2016
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN CHINA
CTU551
(Islam and Asian civilization)
Nama Pensyarah : Puan Hanifah Binti Musa Fathullah Harun
Nama Pelajar : Sa’adah Binti Mohd Amin Helmi
Penilaian Markah :
Pengenalan / Pendahuluan /1
Isi + Huraian /8
Cadangan / Kesimpulan /2
Rujukan /2
Etika / Moral /2
Document Page
3
October 19, 2016
ISI KANDUNGAN
Halaman judul i
Isi kandungan ii-iii
Perakuan Keaslian Penulisan iv
Penghargaan v Abstrak
vi
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Permasalahan Kajian 1
1.3 Objektif Kajian 2
1.4 Persoalan Kajian 2
1.5 Skop Kajian 2
1.6 Kepentingan Kajian 3
1.7 Sistematika Kajian 3
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW)
2.1 Sorotan dari aspek konsep dan teori 4
2.2 Sorotan penulisan dan kajian di Malaysia 5
2.3 Sorotan penulisan dan kajian dari perspektif Islam 6
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian 8
Document Page
4
October 19, 2016
3.2 Metode Pengumpulan Data 9
3.3 Metode Penganalisaan Data 10
BAB 4: SISTEM KEKELUARGAAN
4.1 Definisi 11-12
4.1.1 Upacara Perkahwinan 13-14
4.1.2 Upacara Kematian
4.1.3 Pesta
BAB 6 : PENUTUP
6.1 Kesimpulan 29
6.2 Saranan 30
BIBLIOGRAFI
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
5
October 19, 2016
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.
……………………………………
SA’ADAH BINTI MOHD AMIN HELMI
No. Matrik:
Disemak oleh:
……………………………………
HANIFAH MUSA FATHULLAH HARUN
PENSYARAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
Document Page
6
October 19, 2016
PENDAHULUAN
Istilah tamadun dalam bahasa melayu diambil dari bahasa arab ‘tamaddun’ manakala dari
segi etimologinya berasal daripada perkataan ‘maddana’ yang bermaksud memperhaluskan budi
pekerti atau memperelokkan tingkah laku dan membuka bandar atau kota. Istilah ‘maddana’
berkaitan dengan diri dan tindakan manusia iaitu dengan tempat tinggal, budi pekerti dan akhlak
manusia. Istilah bahasa arab untuk kota atau bandar ialah ‘madina’ dan madani yang merujuk
kepada kehidupan manusia di kota dan di Bandar yang makmur, beradab dan maju. Menurut Syed
Muhammad Naquib Al-attas, Istilah ‘madina’ dan ‘maddana’ berasal daripada istilah ‘din’ yang
bermaksud agama. Oleh itu, dari aspek etimologi asas tamadun ialah agama, iaitu dari agama
lahirnya tamadun manusia (Ratna Roshida Ab Razak dan kawan-kawan, 2009, hal 1).
Dalam bahasa Inggeris pula perkataan tamadun ialah ‘civilisation yang diambil dari
perkataan bahasa Latin ‘civilis’ yang membawa maksud penghuni kota atau Bandar. Perkataan
‘civilisation’ juga sama seperti dengan ‘tamaddun’ bahasa arab yang merujuk kepada budi pekerti
manusia yang beradab dan bersopan. Dalam bahasa arab perkataan ‘tamaddun’ dan dalam bahasa
Inggeris ‘civilisation’. Kehidupan dan kesopanan menjadi lambang dan sebagai petanda utama
kepada tamadun. (Ratna Roshida Ab Razak dan kawan-kawan, 2009, hal 1 - 2).
Terdapat beberapa takrifan bagi tamadun dari beberapa orang tokoh sarjana. Ibn Khaldun
merupakan salah seorang tokoh pemikir islam yang telah mengkaji tentang masyarakat manusia.
Beliau telah menggunakan istilah ‘hadara’ yang membawa maksud tamadun, mentakrifkannya
sebagai sebuah kehidupan yang beradab, bersifat halus, berbudi bahasa serta makmur dan maju
dalam pencapaian kebendaan dan material. Albert Schweitzer dan philanthropist Jerman pula
menyatakan tamadun merupakan keseluruhan kemajuan manusia dalam semua aspek pemikiran
dan tindakan ke arah kesempurnaan. Edward L. Farmer ialah seorang sarjana dari barat pula
menyatakan tamadun adalah unit budaya yang besar, yang mengandungi norma-norma tradisi,
institusi, sosial yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi. Manakala Samuel
Hutington, seorang sarjana barat dari Amerika telah mentakrifkan tamadun adalah pengumpulan
budaya manusia yang tertinggi dan memberi identiti budaya yang terluas kepada manusia (Ratna
Roshida Ab Razak dan kawan-kawan, 2009, hal 2).
Document Page
7
October 19, 2016
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW)
MASYARAKAT TAMADUN CHINA
Tanah besar China telah berusia hampir 5000 tahun dan berada di sebelah Lautan Pasifik dan
Asia Timur. Negara China mempunyai paling ramai penduduk yang terdiri daripada 56 jenis
kumpulan etnik. Hal ini adalah kerana Keluasan muka bumi Negara China meliputi 9.6 juta km
persegi. Kajian sejarah membuktikan bahawa homosapien China terawal ialah manusia peking yang
hidup 5000 tahun lalu. Oleh hal yang demikian corak pemerintahan yang dijalankan di Negara china
termasuklah sistem dinasti, sistem republik dan pengaruh komunis. (Ratna Roshida Ab Razak dan
kawan-kawan, 2009, hal 80).
Tamadun China telah dikesan sejak 2000 SM dengan kemunculan dinasti terawal iaitu Dinasti
Xia atau Dinasti Shang (1766-1122 S.M). Diantara Bandar terawal ialah Kota Shang (2000 S.M),
Anyang (1800 S.M), Changan, Loyang dan Chong Chow (Ghazali Darusalam, 2001, hal 254 – 255).
Faktor utama perkembangan tamadun China ialah air sungai yang membekalkan sumber air kepada
kehidupan manusia. Pembentukan tamadun yang awal di China bertumpu di sekitar lembah Sungai
Kuning atau Sungai Hwang Ho yang mempunyai ukuran sepanjang 5464km. (Ratna Roshida Ab Razak
dan kawan-kawan, 2009, hal 80).
Salah Satu daripada ciri tamadun ialah wujudnya organisasi sosial. Organisasi sosial
merupakan penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari
aspek kuasa, harta penilaian sosial dan kepuasan rohani. Berikut adalah susunan hierarki masyarakat
china :
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
8
October 19, 2016
Raja
Bangsawan
Petani
Artisan, Peniaga,
Askar
Susunan hierarki masyarakat china (Ghazali Darusalam, 2001, hal 263).
Dalam masyarakat China raja merupakan golongan yang menduduki hierarki yang paling
tinggi seperti kuasa kehakiman dan perundangan. (Mahdi Shuid, 2013, hal 86). Raja mempunyai
kuasa yang mutlak. Baginda merupakan ketua pentadbiran dan agama. (Nadiah Abdul Rahman dan
Priscilla Law Nguik Hung 2008, hal 98). Raja juga dianggap sebagai wakil tuhan. (Ratna Roshida Ab
Razak dan kawan-kawan, 2009, hal 90). Raja dibantu oleh canselor. Beliau memiliki kuasa yang
tertinggi selepas maharaja. Beliau bertugas sebagai ketua kepada semua pegawai kerajaan. Diantara
fungsi dan peranan canselor ialah melantik dan menyokong untuk jawatan penting dalam kerajaan.
Selain itu juga beliau sentiasa mengawasi tingkah laku dan sikap pegawai. Dan akan memberikan
hukuman kepada mereka yang bersalah. Disamping itu juga beliau juga bertanggungjawab terhadap
hal kewangan Negara. Beliau juga akan turut serta dalam membuat persediaaan sewaktu
melaksanakan kempen ketenteraan. Canselor juga akan mengetuai mesyuarat dalam istana dan akan
menghantar laporan kepada maharaja. Tugas beliau yang terakhir beliau akan bertindak memberi
arahan serta memeriksa pegawai pentadbir di peringkat provinsi. Canselor juga akan dibantu oleh
setiausaha diraja yang akan bertindak melakukan tugas-tugas pentadbiran Negara. Antara
Document Page
9
October 19, 2016
tanggungjawab beliau terhadap canselor adalah beliau akan menyelia dan mengawasi pegawai
kerajaan. Selain itu juga beliau akan memastikan bahawa tiada unsur-unsur penyelewengan dalam
kalangan pegawai kerajaan. Beliau juga akan bertindak sebagai pengawal disiplin kepada pegawai
dan pekerja di istana.
Selain itu juga beliau akan menyimpan buku pendaftaran, peta, rekod tentang aktiviti
maharaja dan buku-buku suci. Jawatan komander utama merupakan pegawai yang akan
bertanggungjawab dalam hal-ehwal ketenteraan. Jawatan ini tidak tetap. Pemerintahan china juga
mempunyai menteri upacara dan adat-istiadat. Menteri upacara yang akan menjalankan upacara
penyembahan syurga dan bumi dan upacara penyembahan tokong-tokong kerabat diraja. Beliau juga
mempunyai peranan dalam menyelia akademi diraja. Golongan cendekiawan merupakan anggota
akademi diraja. Golongan ini juga yang akan mengajar bakal pemegang jawatan penting dalam
kerajaan. Menteri ini jugalah yang akan menegendalikan peperiksaan kerajaan dan akan melaporkan
sama ada seseorang itu layak atau tidak untuk memegang jawatan tersebut kepada maharaja.
Terdapat juga penyelia pembantu diraja. Penyelia ini akan bertanggungjawab dengan pengawal
keselamatan istana yang akan menjaga pintu istana dan pintu dewan. Manakala komandan tentera
pula merupakan menteri yang akan mengawasi anggota tentera yang akan mengawal pintu masuk
istana beliau juga dianggap sebagai ketua pengawal diraja dan akan dipilih daripada kalangan orang
awam. Manakala pembantu kanan pula akan bertanggungjawab dengan kuda dan kereta kuda.
Beliau bertanggungjawab dengan kuda-kuda yang dipelihara dan padang-padang rumput. Dalam
bidang undang-undang di Negara china akan di ketuai oleh komandan keadilan beliau adalah orang
yang akan menyelesaikan kes-kes rumit yang tidak boleh diselesaikan oleh gabenor di provinsi.
Manakala bentara agung akan bertanggungjawab dengan orang gasar yang menyerah diri. Beliau
akan mempengerusi kan majlis jamuan yang diadakan oleh maharaja untuk para tetamunya. Beliau
juga yang akan menjadi pengarah semasa upacara pengorbanan dilakukan. Manakala pengarah
kerabat diraja pula bertanggungjawab terhadap anggota keluarga diraja dimana beliau akan
menyimpan dan mereka rekod saudara mara yang akan disediakan oleh pihak berkuasa provinsi. Di
Negara china menteri pertanian akan membayar gaji kakitangan kerajaan dan mengumpul cukai.
Antara cukai yang akan dikumpulkan adalah cukai tanah, cuaki kepala, hasil garam dan besi serta
jualan arak akan dimasukkan ke dalam perbendaharaan Negara. Manakala cukai gunung, cukai laut
dan tasik akan menjadi milik maharaja. Manakala bendahari pula akan bertanggungjawab menjadi
pengurus kewangan anggota kerabat diraja. (Mahdi Shuid, 2013, hal 87 - 88) Dibawahnya pula
merupakan golongan bangsawan atau aristokrat. Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan.
Golongan bangsawan merupakan golongan yang berpengaruh dan cerdik pandai. Mereka akan
memberi nasihat kepada raja dan masyarakat tentang pentadbiran dan tingkah laku. Terdapat
Document Page
10
October 19, 2016
perbezaan diantara rakyat jelata dengan golongan aristokrat. Seterusnya merupakan golongan yang
paling penting iaitu golongan petani dan dianggap sebagai kumpulan yang mulia kerana mereka telah
membekalkan makanan. (Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung 2008, hal 98). Namun
begitu pada zaman dinasti Chou kebanyakan petani telah menjadi hamba berhutang kerana tidak
dapat mengeluarkan hasil makanan yang mencukupi. (Ghazali Darusalam, 2001, hal 263). Golongan
artisan terdiri daripada tukang-tukang mahir, seperti mengukir batu nisan. Manakala golongan
pedagang pula menduduki tempat terbawah kerana mereka ini dianggap penipu yang selalu
mendapat keuntungan daripada orang ramai. Terdapat satu lagi golongan yang tidak diberi status
dalam masyarakat iaitu pelacur, hamba dan para pelakon. (Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law
Nguik Hung 2008, hal 98).
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
11
October 19, 2016
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan perkara yang amat penting dalam melaksanakan kajian dan
penyelidikan. Perkataan metodologi berasal daripada dua perkataan bahasa Yunani iaitu “logos”
yang bermaksud ilmu dan “methodos” yang bererti melakukan sesuatu atau sistem, kaedah, atau
cara aturan membuat sesuatu dan cara untuk mendapatkan sejumlah data atau dalil yang sistematik
di dalam kajian (Mark Abrahamson, 1963).
Secara jelasnya, dapatlah dinyatakan bahawasanya metodologi penyelidikan ialah satu cara
atau usaha yang bersifat sistematik dan objektif, bertujuan untuk memperolehi, mengumpul data
dan menganalisa data yang tepat dan berkesan bagi mendapatkan kepastian tentang sesuatu
perkara dan seterusnya memperolehi pengetahuan baru atau mengembangkan sesuatu bidang
pengetahuan (Winardis, 1976).
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan berbentuk kajian kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan fakta, maklumat,
pernyataan, ulasan, tanggapan, persepsi, ciri-ciri, symbol, perasaan atau apa sahaja yang boleh
menjelaskan sesuatu fenomena. Fakta atau maklumat dalam konteks data kualitatif boleh juga
dalam bentuk angka tetapi angka yang sudah tepat atau telah siap diproses seperti perangkaan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara. Sumber bagi data kualitatif adalah dalam bentuk bertulis
seperti buku, laporan, fail, akhbar, diari, manuskrip, surat atau catatan peribadi dan sebagainya. Ia
juga boleh dalam bentuk keras seperti gambar, artifak, peta, lukisan dan lakaran. Data kualitatif juga
boleh diperoleh melalui orang tertentu dengan cara menemubualnya atau melalui pemerhatian.
Data kualitatif dipersembahkan melalui huraian, penyusunan, perbandingan fakta, mencari
hubungan antara fakta dan sebagainya. Kekuatan data kualitatif adalah pada sumbernya. Jika
Document Page
12
October 19, 2016
sumber itu dipertikaikan atas sebab-sebab tertentu maka data dari sumber itu dianggap mempunyai
kelemahan (Idris Awang, 2001).
Oleh itu, penyelidikan kualitatif lebih difokuskan kepada pemahaman konsep, penjelasan
tentang sesuatu kepercayaan, huraian konsep dan amalan berkaitan metafizik, interpretasi sesuatu
fenomena dan juga penilaian subjektif terhadap sesuatu perancangan. Persoalan yang berkait
dengan iman, hubungan manusia dengan Tuhan, nilai-nilai yang menjadi amalan dalam sesebuah
masyarakat adalah terlalu subjektif untuk dikuantifikasikan dan dalam hal ini penyelidikan kualitatif
adalah paling sesuai. Dengan berpandukan teori atau gagasan pemikiran tertentu dan gaya
pemikiran yang tajam, penyelidik kualitatif mengumpul serta mengolah datanya untuk menjelas
fenomena budaya dan masyarakat pada lokalitinya serta mencari pengertian di sebaliknya.
Penyelidikan kualitatif sesuai untuk menjawab persoalan apa, mengapa dan bagaimana (Idris Awang,
2001).
chevron_up_icon
1 out of 22
circle_padding
hide_on_mobile
zoom_out_icon
[object Object]