MPU-3113: Ethnic Relations Assignment: 'Jiran 2+1' Analysis
VerifiedAdded on 2021/08/30
|8
|2225
|170
Report
AI Summary
This report, prepared by students from Tunku Abdul Rahman University College for the MPU-3113 Hubungan Etnik course, analyzes the 'Jiran 2+1' video to explore ethnic relations in Malaysia. The assignment examines three key concepts: discrimination, stereotyping, and accommodation, providing ...

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE
FACULTY OF ACCOUNTANCY, FINANCE & BUSINESS
MPU-3113 HUBUNGAN ETNIK
Bachelor of Business in Human Resource Management
Year 2 Semester 2
NAME STUDENT ID
MOHAMAD SHAFIQ SHARIFUDIN
SARIBUDIN
20WBR07651
JULIANA LOURDES A/P ROBERT
JOHN
20WBR07640
TAN PIIN SHYAN 20WBR07659
LEE SYN YI 20WBR07645
NAME OF TUTOR : ROSLIZAWATI BINTI
TAIB
DATE OF SUBMISSION : 22 NOVEMBER 2020

Paraphrase This Document
Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser

Kumpulan kami telah memilih video yang bertajuk "Jiran 2+1" sebagai bahan kajian isu
hubungan etnik. Tiga konsep hubungan etnik yang terdapat dalam video hubungan etnik yang
dipilih ialah:
1. Konsep
a. Konsep - Diskriminasi
Definisi
Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang
mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Tuntasnya, diskriminasi ialah
perbuatan membanding seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-
ciri etnik semata-mata. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk. Diskriminasi dalam
bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelakkan
diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan. Diskriminasi mencapai tahap tertinggi
apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan
penghapusan sesebuah kumpulan etnik (Hussin, 2009). Contohnya, Sangeethe seorang murid
kaum India telah dilayan buruk oleh murid sekelasnya seperti mejanya diconteng dan dia
disimbah air ketika dia sedang berada di tandas.
Bukti Konsep
Bukti yang dapat ditunjukkan melalui video tersebut, Chappati menerima layanan
buruk oleh jiran barunya iaitu Ah Gong yang merupakan seorang kaum Cina. Selain itu, Waja
yang merupakan kaum Melayu telah melayan Chappati iaitu seorang kaum India dengan
buruk apabila dia sedang mengambil daun pandan di depan rumahnya. Ah Gong juga telah
memarahi Waja kerana membakar sampah di depan rumahnya. Kesemua bukti yang
dinyatakan adalah suatu diskriminasi di mana telah diwujudkan oleh kaum lain dan boleh
menyebabkan kaum berpecah belah dan boleh wujudnya kesalahfahaman antara kaum.

b. Konsep - Stereotip
Definsi
Stereotaip adalah sebuah keyakinan positif ataupun negatif yang dipegang terhadap
suatu kelompok sosial tertentu. Setelah munculnya stereotaip maka akan muncul prejudice
atau prasangka yang merupakan sikap negatif yang tidak dapat dibenarkan terhadap anggota
kelompok tersebut (Eva NurKhofifah, 2019). Sebagai contohnya, murid kaum Cina telah
menyatakan bahawa kaum India adalah kaum yang suka mencuri dan penjenayah dan semua
tomahan yang dilemparkan kepada kaum India adalah kerana warna kulit mereka yang gelap.
Bukti Konsep
Bukti yang dapat ditunjukkan melalui video tersebut, Ah Beng dan Ah Lian iaitu kau,
Cina telah memberitahu anak-anaknya bahawa jirannya iaitu kaum India adalah pencuri.
Selepas isu pergaduhan, Waja iaitu bapa kepada Myvi meminta Myvi supaya tidak berkawan
dengan kaum Cina dan India dan memberitahu Myvi bahawa kaum Cina dan India adalah
kaum yang penjahat. Sementara itu, Ah Beng dan Ah Lian juga meminta anak-anaknya
supaya tidak berkawan dengan kaum India dan Melayu kerana ibu bapa mereka menganggap
kaum Melayu ialah pemalas dan kaum India ialah pencuri. Ini jelas ternyata bahawa Ah
Beng, Ah Lian dan Waja telah mewujudkan stereotaip terhadap kaum lain dan itu boleh
membawa kepada perpecahan kaum.
c. Konsep - Akomodasi
Definisi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmoni dan menghormati
antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai
wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini
begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan
budaya mereka dalam keadaan harmoni (Sabree Hussin, 2009). Contohnya, Siti iaitu kaum
Melayu membantu kawannya Ah Chong yang terjatuh walaupun Ah Chong seorang kaum
Cina.

⊘ This is a preview!⊘
Do you want full access?
Subscribe today to unlock all pages.

Trusted by 1+ million students worldwide

Bukti yang dapat ditunjukkan melalui video tersebut ialah Gong Xi, seorang kaum
Cina dan Mvyi, seorang kaum Melayu pergi bermain di taman permainan bersama-sama.
Walaupun mereka berlainan bangsa tetapi mereka tetap berkawan dan bermain bersama-sama
sepertimana Gong Xi yang membenarkan Myvi untuk bermain dengan patungnya.
Seterusnya, Muruku iaitu seorang kaum India telah menyelamatkan mereka dari dibuli oleh
sekumpulan orang. Walaupun mereka semua berlainan bangsa, mereka tetap menolong satu
sama. Dengan perkara itu, dapat dibuktikan wujudnya konsep akomodasi antara Gong Xi,
Myvi, Muruku. Kemudian, mereka membantu Chapatti ketika rumahnya terbakar. Walaupun
mereka selalu bergaduh antara satu sama lain tetapi apabila kaum lain dalam kesusahan,
mereka tetap membantu satu sama lain sepertimana mereka menyelamatkan jiran mereka
iaitu Chapatti dan Muruku. Pada akhirnya, mereka memahami satu sama lain dan mula
menghormati kaum lain dan hidup dengan aman tanpa pergaduhan.
2. Konflik antara Kaum
Video ini adalah sebuah konflik yang berlaku di sebuah kawasan perumahan dan
kaum yang terlibat dalam video ini adalah kaum Melayu, kaum Cina, dan kaum India.
Terdapat beberapa konflik yang berlaku dan punca bagaimana konflik berlaku dalam video
tersebut. Konflik dalam video ini berlaku apabila anak-anak kaum Melayu dan Cina pulang
dalam keadaan yang tidak begitu baik kerana muka dan tangan mereka mempunyai kesan
lebam. Setelah melihat Muruku iaitu kaum India, dalam keadaan baik tanpa kesan lebam, dia
telah dituduh membuli anak-anak mereka walaupun bukan Muruku yang membuli malah dia
yang telah menyelamatkan anak mereka dari dibuli oleh pembuli. Tanpa mendengar
penjelasan dari Muruku, ibunya telah memarahinya dan dia tidak dibenarkan untuk berkawan
dengan kaum lain kerana ibu bapa mereka menyatakan secara umum dan berlebih lebihan
bahawa kaum India ialah pencuri dan penjahat. Setelah beberapa tahun berlalu, semasa
Muruku di dalam wad akibat rumahnya terbakar, Fa Cai telah memberitahu hal yang
sebenarnya kepada ibubapa mereka dimana Muruku yang telah menyelamatkan mereka dari
dibuli ketika mereka sedang bermain di taman.
3. Penyelesaian Masalah
Pendapat yang pertama adalah rakan sebaya memegang peranan yang penting dalam
memupuk perpaduan kaum agar negara aman damai. Rakan sebaya hendaklah bersikap
terbuka kepada semua seperti mereka boleh berkawan dengan pelbagai bangsa supaya dapat
memahammi antara satu sama lain. Rakan sebaya akan menjadi suri teladan kepada rakan

mereka jikalau mereka menunjukkan sikap menghormati seperti menghormati latar belakang
budaya dan agama dan akan mewujudkan contoh yang baik. Oleh itu, setiap rakan sebaya
haruslah memberikan contoh yang baik agar mereka akan mengikut contoh yang baik itu dan
dapat mengelakkan diri dari terjerumus dalam aktiviti yang akan menjejaskan hubungan
antara kaum. Bukan sahaja itu, hanya tindakan yang bermoral yang akan membantu integrasi
sosial dan menyatukan masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh yang dapat dilihat di dalam
video, keluarga kaum Melayu dan Cina telah mengetepikan pandangan negatif terhadap kaum
india dan mula membantu kaum India ketika rumahnya terbakar. Hal ini dapat disahkan
bahawa perpaduan antara kaum sememangnya wujud dalam masyarakat kita walaupun setiap
kaum mempunyai agama yang berbeza. Apabila rakan sebaya menunjukkan contoh yang
mempunyai nilai murni, maka kesedaran terhadap perpaduan kaum akan dapat ditingkatkan
dan juga setiap masyarakat dapat mengerti pentingnya perpaduan kaum dimana akan
wujudnya satu masyarakat yang aman dan majmuk. Di samping itu, kaum yang bersatu padu
boleh memupuk semangat patriotik kerana rakyat Malaysia mempunyai identiti dan nilai
yang serupa dan itu akan membanggakan setiap rakyat Malaysia. Seterusnya, kaum yang
berlainan budaya dan agama dapat memberikan penyelesaian yang berbeza dimana mungkin
ianya akan dapat membantu kaum lain yang dalam kesusahan agar mereka tidak tersilap
langkah dalam membuat keputusan. Hidup saling membantu dan bermuafakat adalah satu
kunci untuk wujudnya permuafakatan antara masyarakat. Seperti bak kata pepatah melayu
“serumpun bak serai, sesusun bak sirih”. Secara tuntasnya, rakan sebaya memainkan peranan
yang penting kerana dengan pengaruh yang positif yang dibawa oleh mereka akan dapat
memupuk jiwa nasionisme dan perpaduan antara kaum. Rakan sebaya yang bersatu teguh
juga boleh melahirkan msyarakat yang bertanggungjawab dan bertoleransi.
Pendapat yang kedua adalah ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik
anak-anak mereka mengenai kaum yang berbeza. Ibu bapa yang dibesarkan dalam
persekitaran berbilang kaum dan bergaul dengan rakan-rakan pelbagai kaum harus
menggalakkan anak mereka supaya bergaul dengan kaum lain agar dapat menyedarkan
betapa pentingnya keharmonian kaum dan agama. Kanak-kanak dan generasi muda daripada
pelbagai kaum harus diajar menghormati antara satu sama lain selaras dengan semangat
1Malaysia. Anak-anak membesar melihat tingkah laku ibu bapa mereka dan apabila ibu bapa
mereka selalu menghormati bangsa lain dan tidak pernah menilai mana-mana kaum maka
anak-anak akan melakukan perkara yang sama juga. Malangnya, jika ibu bapa menunjukkan
sikap yang negatif terhadap kaum lain maka anak-anak akan terlihat perkara itu dan secara

tidak sengaja mencontohinya. Sebagai contoh yang dapat dilihat di dalam video, apabila ibu
bapa Gong Xi dan Fa Cai memberitahu mereka untuk tidak bergaul dengan kaum lain kerana
mereka menganggap kaum Melayu ialah pemalas dan kaum India ialah pencuri. Apabila ibu
bapa bercakap buruk tentang bangsa lain, maka anak-anak mereka akan mula berfikir negatif
tentang kaum dan tidak mahu bercampur dengan bangsa lain. Selain itu, bapa Myvi juga
meminta Myvi supaya jangan berkawan dengan kaum lain dan memberitahu Myvi bahawa
kaum Cina dan India adalah kaum yang penjahat. Dengan sikap yang sebegitu, sikap
yang negatif itu akan terpalit kepada anak-anak mereka seperti bak kata pepatah melayu
“bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Selain bercakap negatif mengenai bangsa lain, ibu
bapa Gong Xi dan Myi seharusnya memberitahu kepada anak-anak mereka tentang kebaikan
yang terdapat di dalam diri setiap kaum. Ibu bapa Gong Xi, Myi dan Muruku boleh memilih
sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Apabila ibu bapa
menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan maka anak-anak mereka akan dapat
bergaul dengan pelajar kaum lain. Dengan melakukan cara ini, generasi seterusnya akan
dapat hidup dengan aman kerana dapat memahami setiap kaum dan dapat melahirkan sebuah
hubungan yang erat antara kaum. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan,
ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain dan mengakibatkan
satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang merbahaya. Dalam konteks ini,
ibu bapa harus peka dengan keadaan dan situasi yang berlaku dan tindakan perlu diambil
bersama-sama untuk menjamin keharmonian sebuah negara juga.
4. Sumbangan (2 harapan)
Perpaduan kaum merupakan salah satu daripada cabaran terbesar yang perlu ditangani
dan diuruskan oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum. Cabaran ini
ternyata amat getir apabila negara pernah mengalami peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Peristiwa ini memberi kesan yang amat ketara kepada negara. Harapan yang boleh
dibincangkan demi masyarakat memahami dan mengetahui kepentingan antara kaum ialah
menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum
dan agama dan supaya dapat menanam semangat patriotisme. Secara mudah, rakyat tanpa
mengira latar belakang bangsa dan agama perlu menolak sebarang ekstremisme yang
keterlaluan bagi mengelak perbalahan dan menimbulkan huru-hara sehingga menjadi
ancaman kepada keamanan serta keharmonian kaum. Ekstremisme yang sering kita dapat
lihat adalah dari segi agama di mana setiap kaum mempunyai pegangan agama yang berbeza

dan terdapat segelintir masyarakat yang berpandangan negatif terhadap agama lain.
Ekstremisme terhadap agama bukanlah sesuatu yang boleh dibawa main-main kerana ianya
akan menjejaskan masyarakat kerana setiap kaum dengan agama yang berbeza akan
berfikiran negatif terhadap agama lain. Demi mencapai keharmonian dalam negara, kita
perlulah menjalankan peranan kita dalam mengekang dari sesuatu yang buruk berlaku kepada
negara kita demi perpaduan kaum. Dengan memahami antara kaum, kita dapat hidup dengan
tenang dan harmoni dan tiada perpecahan yang akan berlaku kerana kita dapat memahami
dan menghormati sesama kaum.
Selain itu, harapan seterusnya ialah supaya dapat menanam semangat patriotisme
dalam diri. Sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa, kita seharusnya mempunyai semangat
cinta akan negara dan dengan itu, kita akan dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri
setiap masyarakat. Semangat ini mampu mempengaruhi kita sebagai masyarakat untuk
mengutamakan kepentingan negara dan menjamin keharmonian negara. Ciri utama yang kita
perlu ada sebagai seorang yang mempunyai semangat patriotisme adalah sentiasa
menghormati lagu dan bendera kebangsaan. Hal ini demikian kerana lagu dan bendera
kebangsaan, menjadi lambang kedaulatan dan kebanggaan sesebuah negara. Selain itu, kita
juga perlu menyokong prinsip Rukun Negara kerana Rukun Negara menjadi panduan kepada
setiap lapisan masyarakat untuk menjadi seorang warganegara yang patriotic walaupun
berlainan bangsa. Dengan adanya ciri-ciri itu, kita akan menjadi masyarakat yang patriotik
dan akan dapat menanam semangat patriotisme dalam diri dan seterusnya akan dapat
menanam semangat itu ke generasi seterusnya. Tambahan pula, semangat ini dapat mengajar
kita untuk mencintai negara dan menghormati kaum lain tanpa adanya rasa sangsi mahupun
prasangka yang buruk. Kemudian, semangat ini juga akan membimbing kita untuk
menyambut hari kemerdekaan negara pada setiap tahun kerana dengan kerjasama semua
kaum, kita telah merdeka dan bebas dari penjajah dan dapat hidup harmoni antara kaum.

References
1. Hussian, S, 2009,Konsep Diskriminasi, viewed on 5 November 2020,
<http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-diskriminasi.html>
2. Hussian, S, 2009, Konsep Akomodasi, viewed on 5 November 2020,
<http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-akomodasi.html>
3. NurKhofifah, E, 2019, Apa Itu Stereotip? Bagaimana Contoh Konkretnya?, viewed
on 5 November 2020,
<https://www.kompasiana.com/evanurkhofifah/5c6b704c12ae9417350e6af5/apa-itu-
stereotip-bagaimana-contoh-konkritnya>

1 out of 8
Related Documents

Your All-in-One AI-Powered Toolkit for Academic Success.
+13062052269
info@desklib.com
Available 24*7 on WhatsApp / Email
Unlock your academic potential
© 2024 | Zucol Services PVT LTD | All rights reserved.