Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia

Verified

Added on  2021/10/01

|39
|11161
|400
AI Summary
Kajian ini menganalisis amalan pengambilan sumber manusia antara tiga buah syarikat iaitu Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis amalan pengambilan sumber manusia, membuat perbandingan antara peringkat pengurusan pertengahan dan bawahan berdasarkan iklan yang ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat Coca-Cola, serta menyediakan satu resume untuk calon lepasan STPM memohon jawatan penolong penyelia di Syarikat Watson.
tabler-icon-diamond-filled.svg

Contribute Materials

Your contribution can guide someone’s learning journey. Share your documents today.
Document Page
020101-01-0020
1.0 PENGENALAN
Amalan pengambilan sumber manusia adalah proses yang dilaksanakan oleh sesebuah
organisasi untuk mengambil pekerja bagi mengisi tempat kosong sesuatu jawatan dalam
organisasi tersebut. Menurut Flynn (1994), pengambilan adalah proses menarik minat
seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi. Proses pengambilan
sumber manusia pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai calon yang
berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Menurut William R. Tracey (2004),
sumber manusia ialah orang yang pekerja dan mengendalikan organisasi. Menurut Poloski
Vokic & Vidovic (2008), amalan pengurusan sumber manusia telah lama diiktiraf sebagai
satu cara yang berkesan bagi meningkatkan prestasi organisasi dan telah menjadi bidang
kajian yang semakin penting. Menurut Ghebregiorgis & Karsten (2007), kajian lepas
mendapati organisasi yang mengurus sumber manusianya dengan baik dapat meningkatkan
motivasi, komitmen terhadap organisasi, kepuasan bekerja, kemahiran, kehadiran, tingkah
laku kewargaan serta berjaya mengekalkan pekerja yang penting. Menurut Bohlander (2001),
pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai
untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivencevich (2001) pula mentakrifkan
pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi
membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai
matlamat organisasi dan individu.
Menerusi kajian ini, pengkaji telah memilih tiga syarikat iaitu Syarikat DHL Express,
Syarikat Coca-Cola Dan Syarikat Grab untuk dikaji.
Syarikat DHL Express merupakan syarikat ekspress udara antarabangsa yang
pertama. Ia ditubuhkan bagi melakukan operasi-operasi di Malaysia pada tahun 1973 bagi
mengendalikan ekspress udara pelanggan-pelanggan, dalam tempoh kritikal dan keperluan-
keperluan kargo. Syarikat DHL Express mempunyai lima pintu masuk antarabangsa untuk
menyalurkan semua pergerakan perkhidmatan rentas sempadan. Kemudahan pintu masuk ini
adalah yang terbesar dan paling maju di kalangan syarikat-syarikat ekpress udara negara ini
1
tabler-icon-diamond-filled.svg

Secure Best Marks with AI Grader

Need help grading? Try our AI Grader for instant feedback on your assignments.
Document Page
020101-01-0020
dan mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk membuat penghantaran dengan cepat dan
cekap. Syarikat DHL Express menawarkan perkhidmatan yang diintegrasikan antara satu
sama lain yang diuruskan oleh profesional, kemudahan yang terbaik, solusi yang berfokus
pada keperluan pelanggan untuk mengurus dan mengagihkan dokumen, barang dan
maklumat. Syarikat DHL Express merupakan sebuah syarikat yang amat menitikberatkan
kepuasan pelanggan. Visi syarikat ini adalah ‘Kepercayaan pelanggan terhadap DHL sebagai
syarikat pilihan utama bagi perkhidmatan logistik dan penghantaran ekspress, mengetuai
industri logistik dari segi kualiti, keuntungan dan pasaran saham’. Terdapat empat misi utama
yang menjadi panduan terhadap kejayaan DHL Express. Pertama ialah menawarkan
perkhidmatan ekspress paling berkualiti dan penyelesaian logistik berdasarkan kepakaran
tempatan dan digabung dengan rangkaian antarabangsa yang luas. Kedua ialah menarik,
membangun dan mengekalkan pelanggan utama dengan mewujudkan satu persekitaran kerja
antarabangsa yang sebenar dan meletakkan nilai pada warisan budaya Malaysia. Ketiga ialah
menghantar barangan di atas purata pulangan-pulangan dengan menyediakan tahap kualiti
yang tinggi dan penyelesaian-penyelesaian masalah penghantaran pada semua peringkat
dalam proses perniagaan. Keempat ialah bertanggungjawab dalam setiap negara di mana
mereka beroperasi, melibatkan sosial dan keperluan persekitaran pekerja-pekerja mereka,
komuniti-komuniti tempatan dan awam.
Syarikat Coca-Cola adalah satu-satunya syarikat pengeluar minuman utama di
Malaysia yang menghasilkan dan menjual minuman ringan sifar kalori dan sifar gula serta
melalui pembesaran kilang yang ada, ia membolehkan pengeluaran ditingkatkan selain
menghasilkan produk baharu. Di Malaysia, sistem Coca-Cola mengeluarkan, memasarkan
dan mengedar lebih dari 20 produk termasuk minuman berkilau (Coca-Cola, Fanta, Sprite,
A&W, Schweppes), minuman berkilau sifar kalori (Coke Light, Coke Zero), minuman jus
(Minute Maid Pulpy), teh (Langit dan Bumi), isotonik (Aquarius) dan air (Dasani). Misi
syarikat ini adalah menjadi syarikat minuman tanpa alkohol terkemuka di Malaysia. Sejak
tahun 2010, syarikat Coca-Cola telah melabur lebih dari RM750 juta di Malaysia
mewujudkan lebih daripada 800 pekerjaan dan menyentuh lebih dari 60,000
pelanggan. Melalui program dan perkongsian syarikat ini, syarikat Coca-Cola bertujuan
untuk membuat perbezaan positif yang berkekalan dalam masyarakat setempat. Untuk tahun
2017, Coca-Cola membuat pelaburan tambahan sebanyak RM500 juta di Malaysia yang
mana sebahagian besar digunakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kilangnya di
Nilai, Negeri Sembilan, yang juga bertindak sebagai hab pengeluaran halal bagi pasaran
2
Document Page
020101-01-0020
Malaysia, Singapura dan Brunei. Melalui pembesaran membabitkan kawasan seluas 10 ekar
sebagai tambahan kepada kawasan kilang yang seluas 31 ekar pada masa ini, pembinaan
kilang tambahan itu bermula tahun ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2020.
Grab lebih daripada sekadar platform pembayaran bergerak dan pembayaran mudah
alih yang terkemuka di Asia Tenggara. Grab menggunakan data dan teknologi untuk
memperbaiki segala-galanya dari pengangkutan hingga pembayaran di rantau lebih daripada
620 juta orang. Grab bermula sebagai aplikasi memanggil teksi pada tahun 2012, tetapi telah
memperluas platform produknya untuk merangkumi perkhidmatan kereta persendirian
(GrabCar & GrabShare), teksi motosikal (GrabBike), carpooling sosial (GrabHitch),
penghantaran batu terakhir (GrabExpress & GrabFood), bas & perkhidmatan ulang-alik
(GrabCoach & GrabShuttle) serta perkhidmatan pembayaran mudah alih
(GrabPay). Syarikat ini fokus untuk mempelopori alternatif perjalanan dan pembayaran baru
untuk pemandu dan penumpang dengan penekanan pada kelajuan, keselamatan, dan
kebolehpercayaan. Saat ini Grab menawarkan perkhidmatan di Malaysia, Singapura,
Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, dan Myanmar. Kini Grab mempunyai hampir 5000
pekerja dan di Malaysia sahaja kira-kira 60,000 orang mendaftar dengan Grab untuk menjadi
pemandu. Grab hari ini telah memulakan waktu operasi baru, selari dengan pembukaan
beberapa sektor ekonomi di beberapa buah negeri. Perubahan baru ini memberikan kesan
terhadap operasi GrabFood, GrabMart dan juga GrabCar, selain GrabExpress. Untuk
GrabExpress yang memfokuskan perkhidmatan penghantaran dokumen dan barangan, ia akan
beroperasi antara pukul 8 pagi sehingga 8 malam di Semenanjung Malaysia, 8 pagi hingga 6
petang di Sabah, dan 8 pagi hingga 7 petang di Sarawak. Untuk GrabFood dan GrabMart
pula, ia beroperasi antara pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam di beberapa bandar utama,
dan berbeza mengikut negeri. Sebagai contoh, hanya antara 3 petang ke 6.30 petang di
Kelantan.
3
Document Page
020101-01-0020
2.0 OBJEKTIF
Menurut Ahmad, S., Thinagaran, P., & Nagarajah, L. (2014), objektif kajian adalah
matlamat-matlamat khusus dan mengandungi lebih daripada satu tujuan. Terdapat empat
objektif dalam kajian ini.
Objektif tersebut ialah:
2.1 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia antara tiga buah syarikat iaitu
Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab di Malaysia
2.2 Membuat perbandingan antara peringkat pengurusan pertengahan berdasarkan iklan yang
ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat Coca-Cola
2.3 Membuat perbandingan antara peringkat pengurusan bawahan berdasarkan iklan yang
ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat Grab
2.4 Menyediakan satu resume untuk calon lepasan STPM memohon jawatan penolong
penyelia di Syarikat Watson
4
tabler-icon-diamond-filled.svg

Secure Best Marks with AI Grader

Need help grading? Try our AI Grader for instant feedback on your assignments.
Document Page
020101-01-0020
3.0 LATAR BELAKANG
Pengambilan tenaga manusia melibatkan beberapa proses seperti merekrut, pemilihan,
penawaran kerja dan mengadakan program induksi. Merekrut ialah aktiviti yang dilakukan
oleh pengurusan sumber manusia bagi menarik minat bakal calon pekerja untuk berkhidmat
dalam sesebuah organisasi. Pemilihan melibatkan proses membuat pemilihan atau
pengambilan pekerja yang terbaik dan memenuhi syarat daripada sejumlah calon yang telah
memohon untuk mengisi jawatan yang ditawarkan. Penawaran kerja merupakan satu tawaran
pekerjaan yang diberikan kepada calon yang telah berjaya dalam proses pemilihan dengan
dinyatakan syarat-syarat kontrak pekerjaan yang dimeterai antara pihak organisasi dengan
calon. Induksi merupakan kursus yang diberikan kepada pekerja yang baru mendapat
pekerjaan atau diberikan tanggungjawab baharu supaya dapat memahami dan menyesuaikan
diri dengan suasana pekerjaan dan persekitaran organisasi.
Tindakan yang boleh dilakukan oleh sesebuah organisasi untuk menarik minat
seseorang pekerja untuk meminta jawatan di syarikat tertentu adalah melalui iklan, hebahan
umum, head-hunting, temuduga terbuka, rujukan dan agensi pekerjaan. Iklan ialah
pengumuman mengenai jawatan kosong untuk mendapatkan pemohon-pemohon yang
beroperasi dalam bentuk pemberian notis melalui poster diletakkan di tempat yang strategik
dan meletakkan dalam ruang surat khabar dan jurnal atau menyampaikan mesej melalui radio
dan televisyen. Hebahan umum merupakan satu tindakan pihak majikan menyebarkan
kekosongan jawatan kepada orang ramai melalui media massa seperti media elektronik dan
media cetak. Head-hunting merupakan kaedah seni atau ilmu dalam proses mendapatkan
pekerja berpotensi melalui pelbagai sumber seperti teman, rakan sekerja, rujukan dan
sebagainya. Temuduga terbuka iaitu temu duga terbuka merupakan satu kaedah bakal pekerja
merujuk melalui media massa atau media persendirian sesebuah organisasi untuk mengetahui
tentang kekosongan sesuatu jawatan. Rujukan adalah secara rujukan ataupun cadangan
daripada pekerja dalaman syarikat itu sendiri. Agensi pekerjaan selalu digunakan oleh
5
Document Page
020101-01-0020
kebanyakan majikan dalam mengenalpasti bakal pekerja yang berpotensi seperti agensi
naungan kerajaan dan juga agensi swasta.
Menurut Ivencevich (1995), analisis pekerjaan merupakan satu proses yang sistematik
bertujuan untuk mengutip maklumat berkaitan aspek kerja yang penting bagi sesuatu
pekerjaan. Iklan yang baik perlu mempunyai ciri-ciri seperti menarik perhatian, jujur, tidak
terlalu panjang iaitu ringkas dan padat, terperinci dan mempunyai maklumat spesifikasi dan
huraian kerja yang jelas. Analisis kerja merupakan suatu proses pengumpulan maklumat
tentang tugas, tanggungjawab, jenis kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang
diperlukan untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berkenaan. Analisis tersebut akan
membantu dalam perancangan, pengrekrutan, latihan, penilaian prestasi dan pemberian
ganjaran kepada pekerja kelak. Analisis kerja akan menghasilkan dua output iaitu spesifikasi
kerja dan huraian kerja. Kenyataan yang menyatakan kelayakan minimum dan kualiti yang
diperlukan, untuk prestasi kerja tertentu dikenali sebagai spesifikasi pekerjaan. Spesifikasi
kerja menyatakan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh pekerja seperti ciri-ciri fizikal (ketinggian,
berat, penglihatan), ciri demografi (umur, pengalaman, jantina, pendidikan, kemahiran,
kebolehan), ciri psikologi (keupayaan mental, kewaspadaan, ketajaman, bakat, pemikiran),
ciri-ciri peribadi (sikap, tingkah laku, etika, adab). Huraian kerja ialah dokumen formal yang
menerangkan senarai tugas, tanggungjawab kerja dan maklumat tentang identiti kerja.
Dokumen huraian kerja ini meliputi dua aspek iaitu identiti kerja dan senarai tugas dan
tanggungjawab kerja. Identiti kerja merujuk kepada maklumat seperti nama jawatan, lokasi
kerja, penggredan, pihak yang menganalisis kerja, tarikh kerja dianalisis, dan pihak yang
mengesahkan analisis kerja tersebut. Senarai tugas dan tanggungjawab kerja menyatakan
dengan jelas tanggungjawab dan semua skop kerja yang perlu dilakukan. Huraian kerja akan
memudahkan penstrukturan semula organisasi, melancarkan pelaksanaan kerja, dan
mengelakkan pertindihan kerja.
Menurut Blum dan Naylor (1968), pemilihan melibatkan aktiviti memilih sekumpulan
kecil pekerja dari sekumpulan besar pekerja yang boleh diambil bila-bila masa sahaja.
Menurut mereka lagi, ianya bertujuan untuk melihat kemampuan individu untuk
melaksanakan sesuatu tugas sebelum individu tersebut memegang jawatan yang dipohon.
Calon yang dipilih mesti memiliki kelulusan dan kemahiran yang diperlukan untuk
menyandang jawatan tersebut berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dalam penghuraian
kerja dan spesifikasi kerja. Proses yang terlibat dalam pemilihan pekerja ialah borang
permohonan, semakan rujukan, temu duga dan ujian. Borang permohonan merupakan borang
6
Document Page
020101-01-0020
yang digunakan untuk mengetahui butiran peribadi pemohon dan perkara yang berkaitan
dengan sesuatu perkara yang ditawarkan. Semakan rujukan ialah pihak yang boleh dihubungi
oleh pengurus sumber manusia bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan mengenai
calon. Temu duga merupakan proses pertukaran maklumat antara pihak organisasi yang
menjalankan pemngambilan dan calon yang memenuhi syarat jawatan. Ujian merupakan
proses saringan bagi mengenal pasti calon yang benar-benar memiliki pengetahuan,
kebolehan, kemahiran, dan keupayaan yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan
yang ditawarkan.
Menurut Milkovich & Newman (2005), pampasan didefinasikan sebagai semua
bentuk pulangan serta faedah dan perkhidmatan yang nyata serta jelas yang diterima oleh
pekerja sebagai sebahagian daripada ikatan perhubungan pekerjaannya. Faktor penentu
pampasan terdiri daripada lima, iatu kemampuan organisasi, bentuk atau jenis tugas, undang-
undang dan peraturan kerajaan, ganjaran yang dibayar oleh pesaing serta permintaan dan
penawaran buruh. Kemampuan organisasi merujuk kedudukan kewangan atau aset dan
tingkat keuntungan perniagaan. Jenis tugas yang berbeza akan mendapatkan ganjaran yang
berbeza. Pihak kerajaan berkuasa menentukan kadar ganjaran minimum yang perlu diberi
oleh sesebuah organisasi. Majikan akan memberikan ganjaran yang setara atau lebih tinggi
berbanding dengan ganjaran yang diberi oleh pesaing untuk mengelakkan pekerja daripada
berpindah ke organisasi lain. Permintaan buruh yang tinggi dalam sektor tertentu akan
menyebabkan kadar upah meningkat manakala penawaran buruh yang berlebihan dalam
sektor tertentu akan menyebabkan kadar upah menurun.
Secara umumnya, pengurusan pertengahan adalah mereka yang bertanggungjawab
kepada melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan. Peringkat
pengurusan ini bertanggungjawab merangka dan membuat perancangan jangka sederhana
atau perancangan taktikal (1 hingga 3 tahun) berpandukan objektif pengurusan atasan.
Mereka menyelia serta menyelaras aktiviti pengurus bawahan dan kadangkala
bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi dan membuat laporan kepada pengurus atasan.
Pengurus bawahan adalah bertanggungjawab menyelia individu-individu yang terlibat secara
lansung dengan pengeluaran produk dan perkhidmatan serta melaksanakan perancangan
khusus yang telah ditetapkan oleh pengurus pertengahan. Mereka bertanggungjawab ke atas
pekerja organisasi bukan pengurusan. Pengurusan bawahan memberi tumpuan kepada
perancangan jangka pendek atau perancangan operasi (tidak melebihi 1 tahun). Mereka
7
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
020101-01-0020
memberi penekanan terhadap tugas penyeliaan kerja operasi, pelaksanaan tugas harian
pekerja agar matlamat organisasi tercapai.
Pengambilan sumber manusia pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai
calon yang berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Terdapat banyak individu
tidak dapat mencari kerja atau hilang pekerjaan semasa Covid-19 kerana organisasi kurang
mendapat keuntungan. Perkembangan dalam pengurusan sumber manusia juga kurang
dijalankan dalam organisasi kerana terdapat pekerja-pekerja yang mengalami penyakit covid-
19 menyebabkan organisasi tersebut terpaksa menghentikan operasi bagi menjalankan proses
senitasi pembersihan kawasan persekitaran organisasi untuk membasmi kuman.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian dijalankan untuk menganalisis amalan pengambilan sumber manusia
antara 3 buah syarikat iaitu Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola Dan Syarikat Grab.
Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985), kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap suatu
objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai.
Jadual 1: ringkasan kaedah kajian
Bil Elemen Huraian
4.1 Kaedah kajian Kualitatif
4.2 Sumber data Sumber data sekunder iaitu laman rasmi Syarikat DHL
Express laman rasmi Syarikat Coca-Cola dan laman rasmi
Syarikat Grab
4.3 Prosedur kajian Langkah membuat kajian adalah seperti berikut:
4.3.1 Menerima taklimat kerja kursus
4.3.2 Mencari maklumat berdasarkan soalan
4.3.3 Menganalisis maklumat
4.3.4 Menulis lengkap dapatan kajian
4.4 Analisis kajian Cara data dianalisa
4.4.1 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia
4.4.2 Membandingkan antara peringkat pengurusan
pertengahan
4.4.3 Membandingkan antara peringkat pengurusan bawahan
4.4.4 Menyediakan satu resume untuk calon lepasan STPM
memohon jawatan
8
Document Page
020101-01-0020
4.5 Penulisan
lengkap
Pengkaji menulis lengkap dapatan kajian berdasarkan format
dan struktur penulisan yang diberi MPM dalam Manual
Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 ( (46/4) STPM
2020
4.1 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah menggunakan kaedah kajian
kualitatif. Menurut Schostak, John. F (2002), kajian kualitatif merupakan kajian semulajadi
yang tidak boleh digenaralisasikan. Menurut Bryman (2008), kajian kualitatif adalah strategi
kajian yang lazimnya menekankan kepada perkataan berbanding pengiraan data yang
dikumpul dan dianalisis. Kaedah kualitatif digunakan untuk membuktikan percakapan dan
perbuatan manusia hasil daripada cara mereka menginterprestasikan kerumitan dunia mereka.
Kaedah kualitatif juga perlu memahami peristiwa kejadian dan perspesktif responden.
Kaedah kualitatif amat sesuai digunakan untuk penyelidik yang ingin membuat kajian
kes melibatkan seseorang individu, sekumpulan pelajar mahupun masyarakat. Seterusnya,
kelebihan kajian kualitatif adalah gabungan ilmu pengetahuan akademik dalam bidang
sosiologi, sejarah dan antropologi. Oleh itu, penyelidik menggunakan kemahirannya dalam
kajian yang dibuat.
Kelebihan yang kedua dalam kajian kualitatif adalah penyelidik menjadi instrumen
kajian. Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis
data. Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan data
dijalankan secara berterusan. Sebagai contoh, penyelidik hendaklah tinggal bersama-sama
pelajar asrama kerana penyelidik ingin mengkaji interaksi sosial pelajar yang tinggal di
asrama berbanding pelajar harian dengan guru dan masyarakat. Kebolehpercayaan kaedah
kualitatif adalah bergantuang kepada subjektiviti seseorang individu. Kajian kualitatif
merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk
dikembangkan, dinyatakan dan dijelaskan. Tambahan lagi, sampel dalam kaedah ini adalah
berskala kecil. Hal ini kerana penekanan pemilihan sampel adalah berdasarkan pada
kualiti,bukan pada jumlahnya. Ketepatan dalam memilih sampel merupakan salah satu kunci
keberhasilan utama dalam menghasil penelitian dan keputusan yang baik. Sampel pendekatan
kualitatif juga dipandang sebagai sampel teoritis dan tidak representatif.
9
Document Page
020101-01-0020
Kelebihan yang ketiga dalam kajian kualitatif adalah data yang berbentuk diskriptif.
Data kajian kualitatif adalah berbentuk diskriptif. Data yang diperoleh dari analisis dokumen
peribadi instrumen, hasil nota kerja lapangan, gambar pengamatan, hasil wawancara serta
pendapat perseorangan, hasil analisis dokumen rasmi, dan bahan-bahan artifak disusun
dengan teliti oleh penyelidik di lokasi penelitian. Hasil dapatan kajian tidak ditafsirkan dalam
angka-angka, kiraan dan ukuran. Penyelidik segera melakukan analisis data dengan mencari
hubungan, menambahkan informasi, membandingkan, menemukan pola atas dasar data
aslinya. Oleh yang demikian, hasil analisis data adalah seperti pemaparan mengenai situasi
yang telah diteliti. Seterusnya, ianya dibentangkan dalam bentuk uraian naratif.
4.2 SUMBER DATA
Data dapat memberikan gambaran tentang suatu keadaan atau persoalan. Data juga
didefinisikan sebagai sekumpulan informasi atau nilai yang diperoleh dari pemerhatian
sesuatu objek. Data yang baik adalah data yang boleh dipercayai kebenarannya (reliable),
dan tepat waktu. Data terbahagi kepada dua jenis iaitu, data primer dan data sekunder.
Menurut Yusof (2003), data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh
peneliti secara langsung dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli atau
data baru yang memiliki sifat ‘up to date’. Menurut Marican (2005), data sekunder
merupakan data yang boleh diperoleh atau dikumpulkan maklumat dari semua sumber yang
sudah ada melalui media perantaraan yang diperoleh dan dicatat oleh pihak lain.
Sumber data yang digunakan oleh pengkaji ialah menggunakan sumber data sekunder
iaitu buku ilmiah, buku rujukan, sumber internet, laman rasmi Syarikat DHL Express laman
rasmi Syarikat Coca-Cola dan laman rasmi Syarikat Grab.
Data-data yang lepas atau terdahulu dikumpul oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan
data sekunder untuk kajian kerana sesuai dan relevan untuk digunakan bagi menjawab
persoalan kajian atau dikembangkan kepada informasi mahupun formulasi yang baru untuk
kajian pengkaji. Maklumat atau bahan terbitan yang dikumpul oleh pengkaji lain boleh
digunakan sebagai rujukan untuk mencipta formula atau informasi baru bagi menyelesaikan
masalah yang timbul pada masa kini mahupun masa depan. Contoh data sekunder yang
pengkaji didapati adalah dari buku ilmiah, buku rujukan, sumber internet dan sebagainya.
10
tabler-icon-diamond-filled.svg

Secure Best Marks with AI Grader

Need help grading? Try our AI Grader for instant feedback on your assignments.
Document Page
020101-01-0020
Kelebihan lain yang diperoleh dari data sekunder adalah bahawa pengkaji mampu
memperoleh informasi lain selain informasi utama. Data sekunder biasanya diperolehi dari
berbagai sumber misalnya jurnal laman rasmi syarikat dan lain-lain.
Kelebihan menggunakan data sekunder yang seterusnya ialah dapat menjimatkan
masa dan kos pengkaji. Hal ini kerana waktu dan biaya yang diperlukan untuk penelitian
adalah kurang kerana terdapat data yang sedia ada dalam sumber internet. Pengkaji tidak
perlu membuang masa dan kos yang tinggi untuk mengklasifikasi permasalahan dan
mengevaluasi data kerana data yang sedia ada adalah boleh dipercayai.
4.3 PROSEDUR KAJIAN
Pada 24 September 2020, Puan Hajah Johana binti Jais iaitu guru mata pelajaran
Pengajian Perniagaan telah memberi taklimat kepada setiap pelajar perniagaan semester 3 di
SMK Munshi Sulaiman Batu Pahat berdasarkan manual kerja. Beliau telah menerangkan
format dan struktur penulisan kepada pengkaji supaya pengkaji lebih jelas tentang cara
membuat kerja kursus. Beliau juga memberi taklimat tentang cara yang betul untuk membuat
tajuk dan objektif kerja kursus.
Pengkaji mencari maklumat dengan menggunakan sumber data sekunder melalui
laman sesawang, buku rujukan, JobStreet dan sebagainya. Laman sesawang digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang latar belakang Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola
dan Syarikat Grab. Buku rujukan STPM Pengajian Perniagaan Semester 1 digunakan oleh
pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang mendalam dan huraian tentang sumber iklan,
spesifikasi kerja, huraian kerja, aspek pemilihan dan faktor penentu pampasan. Pengkaji
menggunakan JobStreet untuk mencari iklan-iklan yang ditawarkan oleh syarikat yang
dipilih. Laman rasmi syarikat tersebut juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
latar belakang syarikat.
Cara yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis amalan pengambilan sumber
manusia bagi Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab adalah cara
bandingan. Pengkaji menggunakan cara bandingan untuk membandingkan peringkat
pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan antara 3 buah syarikat dari aspek
sumber iklan, spesifikasi kerja, huraian kerja, aspek pemilihan dan faktor penentu pampasan.
11
Document Page
020101-01-0020
Sebagai contoh, pengkaji membandingkan pengurusan pertengahan Syarikat DHL Express
dengan pengurusan pertengahan Syarikat Coca-Cola melalui aspek spesifikasi kerja seperti
pengetahuan, pendidikan dan keupayaan yang perlu ada pada calon yang meminta jawatan,
huraian kerja seperti tugas yang perlu dibuat oleh jawatan yang berbeza dalam syarikat yang
berbeza. Oleh itu, pengkaji dapat melihat dengan jelas tentang persamaan dan perbezaan
antara 3 buah syarikat tersebut.
Pengkaji menulis dapatan kajian berdasarkan analisa empat objektif. Pengkaji telah
mencari maklumat tentang spesifikasi kerja dan huraian kerja untuk membuat perbandingan
bagi ketiga-tiga buah syarikat yang melibatkan peringkat pengurusan yang berbeza.
4.4 ANALISIS KAJIAN
Analisis bermaksud penghuraian sesuatu keadaan, masalah atau persoalan untuk
mengetahui pelbagai aspek secara terperinci. Tujuan analisis adalah untuk
mempersembahkan data kepada bentuk yang lebih bermakna.
4.4.1 MENGANALISIS AMALAN PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
Pengkaji menganalisis amalan pemgambilan sumber manusia antara tiga buah
syarikat secara ringkas bagi peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan
bawahan iaitu Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola Dan Syarikat Grab di Malaysia.
Analisis dijalankan dari sumber aspek sumber iklan, spesifikasi kerja, huraian kerja, aspek
pemilihan dan pampasan.
4.4.2 MEMBANDINGKAN ANTARA PERINGKAT PENGURUSAN PERTENGAHAN
Pengkaji membuat perbandingan khusus untuk peringkat pengurusan pertengahan
berdasarkan iklan yang ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat Coca-Cola.
Penjelasan secara terperinci diberi terhadap kandungan iklan seperti spesifikasi kerja, huraian
kerja dan pampasan.
12
Document Page
020101-01-0020
4.4.3 MEMBANDINGKAN ANTARA PERINGKAT PENGURUSAN BAWAHAN
Pengkaji membuat perbandingan khusus untuk peringkat pengurusan bawahan
berdasarkan iklan yang ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat Grab. Penjelasan
secara terperinci diberi terhadap kandungan iklan seperti spesifikasi kerja, huraian kerja dan
pampasan.
4.4.4 MENYEDIAKAN SATU RESUME UNTUK CALON LEPASAN STPM MEMOHON
JAWATAN
Pengkaji menyediakan satu resume untuk calon lepasan STPM bagi memohon
jawatan Penolong Penyelia di Syarikat Watson dengan merujuk kepada contoh resume yang
didapati daripada sumber internet berdasarkan aspek kelulusan minimum yang diperlukan
untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan. Resume ini dibuat berdasarkan iklan yang
ditawarkan di JobStreet pada tarikh pada 27 September 2020.
4.5 PENULISAN LENGKAP
Pengkaji menulis lengkap dapatan kajian berdasarkan format dan struktur penulisan
yang diberi MPM dalam Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM
2020.
Penulisan pengkaji dibuat secara individu menggunakan komputer dsn formatnys
adalah kertas A4 putih, garisan tepi bagi atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci,
tulisan new roman serta langkau 1.5 dan 1.0 bagi abstrak. Panjang penulisan hendaklah tidak
melebihi 6000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta dan senarai rujukan
yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran.
Kajian ini mengandungi perkara berikut iaitu tajuk, abstrak dan pengenalan, objektif
kajian, latar belakang kajian, kaedah kajian, dapatan kajian dan perbincangan, penutup,
rujukan dan akhirnya lampiran.
13
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
020101-01-0020
5.0 DAPATAN KAJIAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), dapatan ialah sesuatu yang didapati
dan ditemui hasil daripada satu-satu kajian atau penyelidikan.
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menganalisis secara terperinci berkaitan amalan
pengambilan sumber manusia antara 3 buah syarikat iaitu Syarikat DHL Express, Syarikat
Coca-Cola dan Syarikat Grab di Malaysia. Dapatan kajian yang diperolehi adalah dibuat
melalui perbandingan antara peringkat pengurusan pertengahan berdasarkan iklan yang
ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat Coca-Cola dan membuat perbandingan
antara peringkat pengurusan bawahan berdasarkan iklan yang ditawarkan oleh Syarikat DHL
Express dan Syarikat Grab. Pengkaji juga menyediakan satu resume untuk calon lepasan
STPM memohon jawatan Penolong Penyelia di Syarikat Watson.
5.1 MENGANALISIS AMALAN PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA ANTARA TIGA
__..BUAH SYARIKAT IAITU SYARIKAT DHL EXPRESS, SYARIKAT COCA-COLA
__..DAN SYARIKAT GRAB DI MALAYSIA
Menerusi amalan pengambilan sumber manusia, pengkaji akan menganalisis dari
aspek sumber iklan, spesifikasi kerja, huraian kerja dan pampasan yang diamalkan oleh
Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab bagi peringkat pengurusan
pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan.
14
Document Page
020101-01-0020
5.1.1 SUMBER IKLAN
Iklan adalah suatu bentuk pemberitahuan atau sama ada promosi kepada orang ramai
berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sama ada menggunakan
rangkaian media massa atau media cetak contohnya surat khabar, radio, televisyen, laman
sosial, brosur, majalah dan sebagainya. Kebaikan pengiklanan yang diletakkan di internet
adalah lebih murah daripada, misalnya, di televisyen, terutama perbezaan harga dirasai oleh
syarikat serantau yang baru memulakan perniagaan mereka. Mewujudkan pengiklanan di
rangkaian adalah lebih mudah, dan kelajuan penghantarannya adalah lebih tinggi. Syarikat
tersebut adalah lebih mudah untuk menganalisis dan mengira kecekapan selepas pelancaran,
yang memungkinkan untuk membuat penyesuaian dengan segera jika hasilnya tidak
memuaskan. Kelemahan pengiklanan melalui internet adalah persaingan dalam rangkaian
adalah besar, dan sebelum syarikat meletakkan iklan, syarikat harus memikirkan keunikan
iklan, dan mengapa orang harus tertarik dengan iklan syarikat tersebut.
Iklan jawatan Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab diambil
dari laman sesawang iaitu www.jobstreet.com. JobStreet.com ialah sebuah portal kerja yang
ditubuhkan pada tahun 1997. Menurut Forbes, Jobstreet diasaskan di Malaysia, kini menjadi
syarikat pekerjaan dalam talian terbesar di Asia Tenggara. Pada masa ini terdapat kira-kira
80000 pelanggan korporat dan 11 juta pencari kerja. Malah seawal Julai 2010, ia melibatkan
lebih daripada 60,000 pelanggan korporat dan lebih 7 juta pencari kerja. Ketiga-tiga syarikat
menggunakan JobStreet untuk mengiklankan jawatan kosong kerana penggunaan JobStreet
dapat membantu untuk menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak yang berkenaan
seperti individu yang sedang mencari pekerjaan dengan pantas dalam masa yang singkat.
Analisis pengkaji mendapati sumber iklan yang digunakan oleh ketiga-tiga syarikat
membolehkan iklan jawatan kosongnya disebarkan dengan lebih luas lagi. Sumber iklan
tersebut juga memudahkan calon-calon yang ingin mendapat jawatan tertentu kerana dapat
mencari pekerjaan dengan hanya menggunakan internet sahaja tanpa memerlukan calon
tersebut mencari peluang pekerjaan di lokasi tamanan kerja. Dengan situasi sekarang, ianya
amat sesuai kerana dapat mengurangkan risiko jangkitan covid-19 terutamanya bagi mereka
yang tinggal di zon merah. Merujuk kepada iklan jawatan yang dinyatakan, syarikat
memerlukan pekerja yang betul-betul mempunyai kelayakkan berdasarkan tugas dan
tanggungjawab kerja.
15
Document Page
020101-01-0020
Syarikat tersebut juga boleh mengiklankan jawatan melalui kemudahan internet,
SMS, emel dan pelbagai medium lain untuk menyebarkan maklumat dengan lebih pantas,
efisyen dan tepat. Kelemahan ketiga-tiga syarikat menggunakan JobStreet untuk
mengiklankan jawatan kosong ialah persaingan yang besar kerana banyak syarikat
meletakkan iklan dalam JobStreet, syarikat tersebut perlu memastikan spesifikasi kerja dan
pampasan yang diberi adalah lebih baik dan dapat bersaing dengan syarikat lain.
5.1.2 SPESIFIKASI KERJA
Spesifikasi kerja adalah pernyataan tertulis tentang kualifikasi pendidikan, kualiti
spesifik, tingkat pengalaman, fizikal, emosi, keterampilan dan komunikasi yang diperlukan
untuk melakukan suatu pekerjaan, tanggung jawab yang terlibat dalam pekerjaan dan tuntutan
lain.
Spesifikasi kerja penting ditulis dalam iklan jawatan kosong bagi peringkat
pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan dalam iklan Syarikat DHL
Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab adalah kerana setiap jawatan yang
ditawarkan adalah berbeza dan memerlukan spesifikasi kerja yang berbeza dari aspek
pendidikan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya.
Dapatan kajian mendapati spesifikasi kerja bagi jawatan Pengurus Projek peringkat
pengurusan pertengahan Syarikat DHL Express adalah minimum 5 tahun dalam pengurusan
projek manakala spesifikasi kerja bagi jawatan Pengurus Pengeluaran peringkat pengurusan
pertengahan Syarikat Coca-Cola adalah minimum 5 tahun dalam persekitaran pembuatan
minuman atau bidang lain yang berkaitan. Dari segi kelulusan pula, Syarikat DHL Express
memerlukan calon yang sekurang-kurangnya Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana
Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional, Ijazah Sarjana dalam bidang IT manakala
Syarikat Coca-Cola memerlukan calon sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, Diploma
Pascasiswazah, Ijazah Profesional dalam bidang teknikal. Dari segi kemahiran, Syarikat
Coca-Cola memerlukan calon yang berkebolehan berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris
manakala Syarikat DHL Express tiada dinyatakan. Kelulusan dan pengalaman mereka sangat
diperlukan kerana mereka perlu mempunyai kemahiran dan pengalaman yang mencukupi
supaya dapat melaksanakan kerja dengan baik.
16
tabler-icon-diamond-filled.svg

Secure Best Marks with AI Grader

Need help grading? Try our AI Grader for instant feedback on your assignments.
Document Page
020101-01-0020
Bagi jawatan Penyelia di Syarikat DHL Express dan jawatan Penolong Pengurus
Keselamatan di Syarikat Grab yang berada di peringkat pengurusan bawahan, Syarikat DHL
Express memerlukan calon yang mempunyai pengalaman operasi 2 hingga 3 tahun, lebih
baik dalam industri pengangkutan atau logistic manakala Syarikat Grab memerlukan calon
yang mempunyai Ijazah sarjana muda dengan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dan
ke atas. Dari segi kelulusan pula, Syarikat DHL Express memerlukan calon yang sekurang-
kurangnya mempunyai perakuan SPM atau sekurang-kurangnya Diploma, Diploma Lanjutan,
Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional dan Ijazah Sarjana
manakala Syarikat Grab memerlukan calon yang sekurang-kurangnya Diploma, Diploma
Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional. Kelulusan dan
pengalaman mereka sangat diperlukan kerana mereka perlu mempunyai kemahiran dan
pengalaman yang mencukupi supaya dapat melaksanakan kerja dengan baik.
Ketiga-tiga syarikat yang dikaji iaitu Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan
Syarikat Grab menyatakan spesifikasi kerja dalam setiap iklan jawatan. Hal ini demikian
kerana dapat membantu syarikat dalam pengambilan sumber manusia yang paling sesuai dan
prosedur pemilihan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Spesifikasi kerja yang
dinyatakan dengan jelas oleh organisasi akan mempercepatkan proses pemilihan sumber
manusia kerana kebiasannya hanya calon yang berkelayakan sahaja akan memohon jawatan
tersebut. Spesifikasi kerja juga penting untuk calon yang memohon. Hal ini dikatakan
demikian kerana spesifikasi kerja membolehkan pekerja mengukur dengan tepat apa yang
diperlukan setiap hari untuk berjaya dalam pekerjaan.
Jadual dari spesifikasi kerja peringkat pengurusan pertengahan dan bawahan ada
perbezaan kerana peringkat pengurusan pertengahan memerlukan kelulusan sekurang-
kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkenaan sedangkan jawatan peringkat
pengurusan bawahan hanya memerlukan calon sekurang-kurangnya mempunyai Diploma.
Hal ini demikian kerana tanggungjawab yang diperlukan oleh peringkat pengurusan
pertengahan adalah lebih besar daripada peringkat pengurusan bawahan.
5.1.3 HURAIAN KERJA
Huraian kerja merupakan dokumen formal yang menerangkan tentang kerja, tugas
dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seseorang pekerja. Di dalamnya
17
Document Page
020101-01-0020
mengandungi maklumat seperti jawatan kerja, ringkasan kerja, tanggungjawab kerja dan
hubungan autoriti pekerja. Huraian kerja penting ditulis dalam iklan jawatan kosong kerana ia
menerangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dan tanggungjawab kerja jawatan tersebut
bagi memberi kefahaman yang mendalam kepada seseorang yang ingin meminta jawatan.
Huraian kerja bagi peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan
bawahan dalam setiap iklan yang dipilih adalah berbeza. Bagi peringkat pengurusan
pertengahan, calon di Syarikat DHL Express yang memegang jawatan sebagai seorang
Pengurus Projek perlu memberikan kepimpinan yang berkesan kepada jabatan projek, dan
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap prestasi pasukannya. Manakala tugas utama
yang perlu dilaksanakan oleh jawatan pengurusan pertengahan di Syarikat Coca-Cola iaitu
Pengurus Pengeluaran adalah melatih dan mengurus kakitangan, mengawasi pekerja bawahan
untuk memastikan prestasi mereka memuaskan. Bagi peringkat pengurusan bawahan, calon
di Syarikat DHL Express yang memegang jawatan sebagai seorang Penyelia
bertanggungjawab menguruskan proses penghantaran bungkusan dengan cekap di dalam
depot penghantaran DHLeC. Manakala bagi Syarikat Grab pula, tanggungjawab utama bagi
jawatan pengurusan bawahan iaitu Penolong Pengurus Keselamatan ialah mengendalikan
pasukan kepimpinan dan pengurusan bersama dengan misi keselamatan dan prinsip
organisasi.
Ketiga-tiga syarikat perlu menyatakan huraian kerja dalam iklannya supaya dapat
membantu pekerja mempelajari tanggungjawab dan hal-hal berkaitan pekerjaan. Huraian
kerja yang jelas dalam iklan jawatan juga dapat membantu calon mengukur tanggungjawab
yang disenaraikan selari dengan gaji yang diberi atau tidak.
Jadual dari huraian kerja peringkat pengurusan pertengahan dan bawahan ada
perbezaan kerana peringkat pengurusan pertengahan bertanggungjawab memberikan
kepemimpinan yang berkesan kepada pasukan, mengurus, mengawasi dan mengambil
tindakan yang sewajarnya sedangkan jawatan peringkat pengurusan bawahan
bertanggungjawab kepada peringkat pengurus pertengahan dalam melaksanakan rancangan
dan aktiviti khusus serta mengendalikan pasukan kepimpinan dan pengurusan. Hal ini
demikian kerana kemampuan yang diperlukan oleh peringkat pengurusan pertengahan dan
peringkat pengurusan bawahan adalah berbeza. Jawatan di peringkat pengurusan pertengahan
memerlukan kemampuan yang lebih banyak berbanding dengan jawatan di peringkat
pengurusan bawahan.
5.1.4 PAMPASAN
18
Document Page
020101-01-0020
Menurut Bernadin dan Russell (1998), pampasan merujuk kepada semua bentuk
pulangan kewangan dan faedah ketara yang diterima oleh pekerja sebagai sebahagian
daripada perhubungan pekerjaan. Kepentingan penulisan pampasan dalam iklan jawatan
kosong adalah untuk menarik bakal pekerja supaya bekerja dalam organisasi dan
meningkatkan kepuasan seseorang calon yang meminta jawatan terhadap pekerjaan yang
ditawarkan oleh syarikat.
Dapatan kajian mendapati pampasan yang diberi oleh Syarikat DHL Express kepada
jawatan pengurusan pertengahan iaitu Pengurus Projek adalah kemungkinan pejabat rumah,
persekitaran pelbagai budaya di pejabat moden, perubatan Pesakit Luar Tanpa Had dan
sebagainya manakala pampasan yang diberi oleh Syarikat Coca-Cola kepada jawatan
pengurusan pertengahan iaitu Pengurus Pengeluaran ialah perubatan pergigian,
perubatan pesakit dan T-shirt. Pampasan yang diberi oleh Syarikat DHL Express adalah lebih
banyak berbanding dengan Syarikat Coca-Cola kerana beban kerja dan tugas yang perlu
dibuat bagi jawatan Pengurus Projek Syarikat DHL Express adalah lebih banyak dan
memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi berbanding dengan jawatan pengurus
pengeluaran Syarikat Coca-Cola. Syarikat DHL Express dan Syarikat Coca-Cola tidak
menyatakan gaji dalam iklan kerana hendak memberi kebebasan kepada calon untuk
memohon gaji yang dikehendaki berdasarkan kemahiran dan tanggungjawab yang dijalankan
olehnya.
Bagi peringkat pengurusan bawahan pula, dapatan kajian mendapati Syarikat DHL
Express memberi gaji antara RM3500 hingga RM4200 kepada jawatan pengurusan bawahan
iaitu Penyelia manakala Syarikat Grab memberi gaji antara RM3000 hingga RM4200 kepada
jawatan pengurusan bawahannya iaitu Penolong Pengurus Keselamatan. Syarikat DHL
Express menawarkan gaji yang lebih tinggi kerana tugas yang perlu dilaksanakan lebih
banyak berbanding dengan Syarikat Grab. Pampasan yang ditawarkan oleh kedua-dua
syarikat ini adalah terhad iaitu perubatan.
Analisis pengkaji mendapati pampasan yang ditawarkan untuk jawatan peringkat
pengurusan pertengahan adalah lebih banyak berbanding jawatan yang disandang oleh
peringkat pengurusan bawahan. Hal ini disebabkan tanggungjawab dan akauntabiliti yang
dipegang oleh peringkat pengurusan pertengahan adalah lebih besar.
Ketiga-tiga syarikat menyatakan pampasan dalam iklan jawatan kosongnya kerana
insentif yang menarik dapat menarik minat seseorang yang sedang mencari kerja dan
seseorang itu akan rasa dihargai dan ikhlas untuk menyumbangkan tenaga fizikal atau mental
dalam sesebuah organisasi supaya dapat meningkatkan prestasi organisasi.
19
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
020101-01-0020
5.2 MEMBUAT PERBANDINGAN ANTARA PERINGKAT PENGURUSAN
____..PERTENGAHAN BERDASARKAN IKLAN YANG DITAWARKAN OLEH
____..SYARIKAT DHL EXPRESS DAN SYARIKAT COCA-COLA
Pengurusan peringkat pertengahan bertanggungjawab kepada pengurus atasan dalam
menterjemahkan wawasan, hala tuju dan strategi jangka panjang organisasi selari dengan
matlamat yang telah ditetapkan. Peringkat pertengahan juga bertanggungjawab terhadap
fungsi masing-masing seperti pemasaran, kewangan, pengeluaran dan sumber manusia.
Peringkat pertengahan terlibat dalam membuat perancangan taktikal. Perancangan yang
dibuat akan berpandukan kepada perancangan strategik yang dibuat oleh pihak pengurusan
atasan. Peringkat ini menghubungkan rancangan pengurusan atasan dengan rancangan
pengurusan pertengahan dan seterusnya. Antara jawatan peringkat pengurusan pertengahan
ialah Pengurus Pemasaran, Pengurus Kewangan, Pengurus Pengeluaran dan Pengurus
Sumber Manusia.
Jawatan peringkat pengurusan pertengahan yang dipilih oleh pengkaji dalam kajian
ini adalah Pengurus Projek dan Pengurus Pengeluaran. Kedua-dua jawatan dikategori sebagai
pengurusan pertengahan kerana kedua-dua bertanggungjawab terhadap fungsinya masing-
20
Document Page
020101-01-0020
masing dan terlibat dalam membuat perancangan taktikal. Syarikat yang dipilih oleh pengkaji
dalam kajian pengurusan pertengahan adalah Syarikat DHL Express dan Syarikat Coca-Cola.
Syarikat DHL Express menawarkan jawatan Pengurus Projek manakala Syarikat Coca-Cola
menawarkan jawatan Pengurus Pengeluaran.
5.2.1 SUMBER IKLAN
Sumber iklan yang dikaji bagi Syarikat DHL Express dan Syarikat Coca-Cola adalah
diambil dari laman sesawang JobStreet. Kedua-dua syarikat ini menggunakan JobStreet
untuk mengiklankan jawatan kosong kerana penggunaan JobStreet dapat membantu untuk
menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak yang berkenaan seperti individu yang
sedang mencari pekerjaan dengan pantas dalam masa yang singkat. Analisis pengkaji
mendapati sumber iklan yang digunakan oleh syarikat tersebut membolehkan iklan jawatan
kosongnya disebarkan dengan lebih luas lagi. Sumber iklan tersebut juga memudahkan calon-
calon yang ingin mendapat jawatan tertentu kerana dapat mencari pekerjaan dengan hanya
menggunakan internet sahaja tanpa memerlukan calon tersebut mencari peluang pekerjaan di
lokasi tamanan kerja.
5.2.2 SPESIFIKASI KERJA
Jadual 2: Perbandingan dari aspek spesifikasi tugas dengan jawatan Pengurus Projek di
Syarikat DHL Express dan jawatan Pengurus Pengeluaran di Syarikat Coca-Cola
Aspek Syarikat DHL Express Syarikat Coca-Cola
Kelulusan Sekurang-kurangnya Diploma,
Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana
Muda, Diploma Pascasiswazah,
Ijazah Profesional, Ijazah Sarjana
dalam bidang IT
Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana
Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah
Profesional dalam bidang Teknikal
Kemahiran
Bahasa
Tidak dinyatakan Berkebolehan berbahasa Melayu dan
Inggeris
Pengalaman Pengalaman minimum 5 tahun
dalam pengurusan projek
Pengalaman minimum 5 tahun dalam
persekitaran pembuatan minuman atau
bidang lain yang berkaitan
Keutamaan Pengalaman bekerja dalam kedua- Pengalaman dalam mengarahkan dan
21
Document Page
020101-01-0020
dua jenis projek pembangunan dan
penyebaran
mengawasi tenaga produksi
Kelayakan
Tambahan
Pengetahuan yang besar dalam
metodologi atau proses Kitaran
Hidup Pembangunan Perisian
Pengetahuan Mesin utiliti penyelesaian
masalah dan minuman pembuatan
proses dalam pelbagai jenis
pembungkusan termasuk pengetahuan
tentang keperluan keselamatan makanan
kawal selia (HACCP) dan sistem kualiti
pengurusan.
Kelebihan Disahkan dengan Projek Dalam
Lingkungan Terkawal (PRINCE2)
atau Profesional Pengurusan
Projek (PMP)
Tidak dinyatakan
Daripada jadual 2, dari aspek kelulusan, Syarikat DHL Express memerlukan calon
mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma, ijazah sehinggalah Ijazah Sarjana dalam
bidang ICT manakala Hal ini disebabkan jawatan Pengurus Projek Syarikat DHL Express
mempunyai tanggungjawab yang lebih berat selaku Pengurus Projek kerana
bertanggungjawab melaksanakan tugas mengurus projek dan fungsi-fungsi pentadbiran dalam
syarikat manakala Syarikat Coca-Cola memerlukan calon mempunyai sekurang-kurangnya
Ijazah Sarjana Muda sehinggalah Ijazah Profesional dalam bidang teknikal kerana Pengurus
Pengeluaran terlibat dalam melaksanakan tugas dalam bidang teknikal.
Dari aspek kebolehan berbahasa, Syarikat Coca-Cola memerlukan kemahiran
berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris. Hal ini disebabkan syarikat ini terletak di
Malaysia dan berurusan dengan agensi swasta lain di dalam dan di luar negara yang
menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi manakala
jawatan Pengurus Projek yang ditawarkan oleh Syarikat DHL Express tidak menyatakan
keperluan calon berkemahiran berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris. Pada pandangan
pengkaji ini mungkin Syarikat DHL Express beranggapan kemahiran berbahasa Melayu dan
bahasa Inggeris adalah sememangnya kemahiran umum yg perlu ada pada setiap calon. Oleh
itu, ia tidak menyatakan keperluan tersebut secara spesifik.
22
tabler-icon-diamond-filled.svg

Secure Best Marks with AI Grader

Need help grading? Try our AI Grader for instant feedback on your assignments.
Document Page
020101-01-0020
Menerusi aspek pengalaman pula, Syarikat DHL Express memerlukan pengalaman
sekurang-kurangnya 5 tahun dalam pengurusan projek kerana jawatan ini bertanggungjawab
secara langsung untuk memimpin proses projek dan merancang aktiviti serta pendekatan
strategik manakala Syarikat Coca-Cola memerlukan pengalaman sekurang-kurangnya juga 5
tahun tetapi dalam persekitaran pembuatan minuman atau bidang lain yang berkaitan kerana
jawatan ini bertanggungjawab secara langsung untuk mengarahkan dan mengawasi tenaga
produksi serta memantau proses pengeluaran minuman dalam syarikat tersebut.
Bagi Syarikat DHL Express, keutamaan jawatan akan diberikan kepada calon yang
mempunyai pengalaman bekerja dalam kedua-dua jenis projek pembangunan dan penyebaran
dalam bidang IT. Syarikat Coca-Cola memberi keutamaan kepada calon yang berpengalaman
dalam mengarahkan dan mengawasi tenaga produksi dari industri yang berkaitan seperti
pembuatan dan perkilangan. Hal ini kerana Syarikat Coca-Cola merupakan syarikat yang
akan melatih dan menyediakan tenaga kerja kepada syarikat berkaitan industri perkilangan
dan pembuatan.
Dari aspek kelayakan tambahan, Syarikat DHL Express memerlukan calon yang
mempunyai pengetahuan yang besar dalam metodologi atau proses kitaran hidup
pembangunan perisian kerana bidang tugasnya adalah berkaitan dengan memantau dalam
proses projek dan terlibat dalam bidang IT yang memerlukan pekerja-pekerja yang
profesional seperti calon yang disahkan oleh Projek Dalam Lingkungan Terkawal
(PRINCE2) atau Profesional Pengurusan Projek (PMP). Manakala Syarikat Coca-Cola
memerlukan calon yang mempunyai pengetahuan mesin utiliti penyelesaian masalah dan
minuman pembuatan proses dalam pelbagai jenis pembungkusan termasuk pengetahuan
tentang keperluan keselamatan makanan kawal selia (HACCP) dan sistem kualiti pengurusan
kerana bidang tugasnya adalah memantau proses pengeluaran minuman supaya produk yang
dikeluarkan mengikut piawai yang ditetapkan.
Analisis di atas mendapati kedua-dua syarikat yang dikaji menyatakan spesifikasi
kerja dari aspek kelulusan, pengalaman, keutamaan dan kelayakan tambahan yang diperlukan
daripada calon dengan jelas. Bagaimana pun dari aspek kemahiran Syarikat DHL Express
tidak menyatakannya.
5.2.3 HURAIAN KERJA
23
Document Page
020101-01-0020
Jadual 3: Perbandingan dari aspek huraian kerja bagi jawatan Pengurus Projek di Syarikat
DHL Express dan jawatan Pengurus Pengeluaran di Syarikat Coca-Cola
Aspek Syarikat DHL Express Syarikat Coca-Cola
Tanggungjawab 1. Memberikan kepimpinan
yang berkesan kepada jabatan
projek, dan mengambil tindakan
yang sewajarnya terhadap
prestasi pasukan
2. Menguruskan peruntukan
sumber daya yang sesuai dan
komitmen kakitangan terhadap
pencapaian objektif dan sasaran
projek
3. Memastikan penyedia
perkhidmatan dalaman
memberikan semua
perkhidmatan yang diperlukan
mengikut proses dan prosedur
yang dipersetujui
4. Mengembangkan rancangan
projek terperinci, jadual projek,
anggaran projek, rancangan
sumber, dan laporan status
5. Membina hubungan kerja
yang kuat dengan pengurus
utama dan pengurusan akaun /
perkhidmatan dalam organisasi
perkhidmatan IT
6. Menguruskan permintaan
pelanggan, melaporkan status
projek dan menjalin hubungan
baik dengan pihak
berkepentingan
1. Melatih dan mengurus
kakitangan, mengawasi pekerja
bawahan untuk memastikan
prestasi mereka memuaskan
2. Membimbing dan menjadi
pemimpin kepada pasukan dengan
menetapkan arah dan
mengembangkan rancangan
tindakan untuk mencapai tujuan
yang ditetapkan
3. Memastikan disiplin dipatuhi
dalam operasi oleh semua
bawahan, terutama pematuhan
kepada prosedur operasi standard,
arahan kerja, GMP dan
keselamatan operasi
4. Menyediakan laporan langsung
dengan kepemimpinan, arahan,
dan bimbingan untuk mencapai
objektif kerja dan meningkatkan
prestasi dan kemahiran.
5. Memudahkan komunikasi
antara jabatan dan antara fungsi
untuk memastikan kelancaran
operasi.
6. Mengkaji prestasi operasi garis
dan analisa mengenai penghentian
utama atau waktu henti berulang
untuk tindakan pembetulan dan
pencegahannya
24
Document Page
020101-01-0020
Daripada jadual 3, kedua-dua jawatan yang dianalisis mengenai 6 tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan oleh calon. Tanggungjawab utama pengurus peringkat pertengahan
Syarikat DHL Express iaitu Pengurus Projek adalah memberikan kepimpinan yang berkesan
kepada jabatan projek, dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap prestasi pasukan.
Selain itu, Pengurus Projek juga bertanggungjawab untuk menguruskan peruntukan sumber
daya yang sesuai dan komitmen kakitangan terhadap pencapaian objektif dan sasaran projek.
Pengurus Projek perlu memastikan penyedia perkhidmatan dalaman memberikan semua
perkhidmatan yang diperlukan mengikut proses dan prosedur yang dipersetujui. Pengurus
Projek juga bertanggungjawab untuk mengembangkan rancangan projek terperinci, jadual
projek, anggaran projek, rancangan sumber, dan laporan status. Seterusnya, Pengurus Projek
bertanggungjawab membina hubungan kerja yang kuat dengan pengurus utama dan
pengurusan akaun atau perkhidmatan dalam organisasi perkhidmatan IT. Selain itu, calon
juga perlu menguruskan permintaan pelanggan, melaporkan status projek dan menjalin
hubungan baik dengan pihak berkepentingan Hal ini selaras dengan tanggungjawab seorang
pengurus pertengahan yang memerlukan pengurus bertanggungjawab terhadap fungsi
masing-masing mengikut jabatannya.
Manakala tanggungjawab utama pengurus peringkat pertengahan bagi Syarikat Coca-
Cola iaitu Pengurus Pengeluaran ialah melatih dan mengurus kakitangan, mengawasi pekerja
bawahan untuk memastikan prestasi mereka memuaskan. Calon juga perlu membimbing dan
menjadi pemimpin kepada pasukan dengan menetapkan arah dan mengembangkan rancangan
tindakan untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Selain itu, Pengurus Pengeluaran haruslah
memastikan disiplin dipatuhi dalam operasi oleh semua pekerja bawahannya, terutama
pematuhan kepada prosedur operasi standard, arahan kerja, Good Manufacturing Practice
(GMP) dan keselamatan operasi. Pengurus Pengeluaran juga bertanggungjawab dalam
menyediakan laporan langsung dengan kepemimpinan, arahan, dan bimbingan untuk
mencapai objektif kerja dan meningkatkan prestasi dan kemahiran. Seterusnya, Pengurus
Pengeluaran perlu memudahkan komunikasi antara jabatan dan antara fungsi untuk
memastikan kelancaran operasi. Calon juga perlu mengkaji prestasi operasi garis dan analisa
mengenai penghentian utama atau waktu henti berulang untuk tindakan pembetulan dan
25
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
020101-01-0020
pencegahannya. Hal ini selaras dengan tanggungjawab seorang pengurus pertengahan yang
memerlukan pengurus pengeluaran bertanggungjawab terhadap pengeluaran.
Analisis di atas mendapati kedua-dua syarikat yang dikaji menyatakan huraian kerja
yang diperlukan daripada calon dengan jelas supaya memastikan setiap pekerja yang diambil
oleh syarikat memahami peranan masing-masing dan membuat persediaan awal bagi
menjalankan kerja dengan lebih baik.
5.2.4 PAMPASAN
Jadual 3: Perbandingan dari aspek huraian kerja bagi jawatan Pengurus Projek di Syarikat
DHL Express dan jawatan Pengurus Pengeluaran di Syarikat Coca-Cola
Aspek Syarikat DHL Express Syarikat Coca-Cola
Kewangan Tidak dinyatakan Tidak dinyatakan
Bukan
Kewangan
1. Pasukan profesional IT yang
hebat dengan pendedahan kerja
global
2. Persekitaran pelbagai budaya di
pejabat moden
3. Perubatan Pesakit Luar Tanpa
Had
4. Kemungkinan pejabat rumah
5. Latihan dan pensijilan
profesional dan teknikal yang
berterusan
6. Kad Makan dan Faedah
Fleksibel disesuaikan mengikut
keperluan
7. Pilih mana-mana hari untuk
percutian anda daripada cuti
umum yang diperoleh (Sabtu dan
Ad hoc)
1. Perubatan pergigian
2. Perubatan pesakit
3. Kasual (mis. T-shirt)
26
Document Page
020101-01-0020
Dari aspek pampasan kewangan, kedua-dua syarikat tidak menyatakan gaji yang akan
ditawarkan kepada calon. Hal ini akan memberi peluang kepada calon untuk membuat sendiri
permohonan gaji mengikut kemahiran dan kemampuan calon. Manakala dalam aspek
pampasan bukan kewangan Syarikat DHL Express menyenarai 7 pampasan berbanding
Syarikat Coca-Cola yang hanya menyenarai 3 pampasan bukan kewangan. Hal ini disebabkan
kerana beban kerja dan tugas yang perlu dibuat bagi jawatan Pengurus Projek Syarikat DHL
Express adalah lebih banyak dan memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi berbanding
dengan jawatan pengurus pengeluaran Syarikat Coca-Cola.
Analisis mendapati kelebihan yang dinyatakan oleh Syarikat DHL Express ini pasti
akan dapat menarik calon untuk memohon jawatan yang ditawarkan berbanding dengan
Syarikat Coca-Cola.
5.3 MEMBUAT PERBANDINGAN ANTARA PERINGKAT PENGURUSAN BAWAHAN
___BERDASARKAN IKLAN YANG DITAWARKAN OLEH SYARIKAT DHL
EXPRESS ___DAN SYARIKAT GRAB
Pengurusan peringkat bawahan bertanggungjawab kepada pengurus peringkat
pertengahan dalam melaksanakan rancangan dan aktiviti khusus yang telah ditetapkan.
Pengurusan peringkat bawahan merencanakan kerja harian iaitu rancangan operasi dan
mengarahkan pekerja bawahan melakukan kerja-kerja yang telah dirancang. Tugas atau kerja
mengikut kemahiran khusus seperti penyelia pengeluaran, penyelia mesin, penyelia
pemasaran, penyelia akaun dan sebagainya. Contoh jawatan pengurusan peringkat bawahan
ialah penyelia, penolong pengurus, dan ketua kumpulan. Jawatan peringkat pengurusan
bawahan yang dipilih oleh pengkaji dalam kajian ini adalah Penyelia dan Penolong Pengurus
Keselamatan di Syarikat DHL Express dan Syarikat Grab.
27
Document Page
020101-01-0020
5.3.1 SUMBER IKLAN
Sumber iklan yang dikaji bagi Syarikat DHL Express dan Syarikat Grab adalah
diambil dari laman sesawang JobStreet. Kedua-dua syarikat ini menggunakan JobStreet
untuk mengiklankan jawatan kosong kerana penggunaan JobStreet dapat membantu untuk
menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak yang berkenaan seperti individu yang
sedang mencari pekerjaan dengan pantas dalam masa yang singkat. Analisis pengkaji
mendapati sumber iklan yang digunakan oleh syarikat tersebut membolehkan iklan jawatan
kosongnya disebarkan dengan lebih luas lagi. Sumber iklan ini digunakan oleh syarikat
supaya calon dapat mengetahui tanggungjawab yang hendak dilakukan dalam setiap syarikat
sebelum memohon.
5.3.2 SPESIFIKASI KERJA
Jadual 5: Perbandingan dari aspek spesifikasi tugas bagi jawatan Penyelia di Syarikat DHL
Express dan jawatan Penolong Pengurus Keselamatan di Syarikat Grab
Aspek Syarikat DHL Express Syarikat Grab
Kelulusan 1.Sekurang-kurangnya mempunyai
perakuan SPM
2.Sekurang-kurangnya Diploma,
Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana
Muda, Diploma Pascasiswazah,
Ijazah Profesional dan Ijazah
Sarjana
Sekurang-kurangnya Diploma,
Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana
Muda, Diploma Pascasiswazah,
Ijazah Profesional
Kemahiran
bahasa
Tidak dinyatakan Tidak dinyatakan
Pengalama
n
Pengalaman operasi 2 - 3 tahun,
lebih baik dalam industri
pengangkutan atau logistik
Mempunyai Ijazah sarjana muda
sekurang-kurangnya 3 tahun
pengalaman dan ke atas
Keutamaan Pengalaman pengurusan orang
sebagai ketua pasukan atau
penyelia
Kemahiran menyelesaikan masalah
atau membuat keputusan, komunikasi,
dan kemahiran interpersonal yang
28
tabler-icon-diamond-filled.svg

Secure Best Marks with AI Grader

Need help grading? Try our AI Grader for instant feedback on your assignments.
Document Page
020101-01-0020
sangat baik
Kelayakan
Tambahan
Pengetahuan yang baik mengenai
pengurusan penghantaran dan
proses penghantaran kurier atau
ekspres
Luas pemikiran untuk
mengembangkan berbagai kebijakan
dan prosedur yang kompleks dengan
panduan minimum untuk mencegah
dan mengurangkan risiko keselamatan
Kelebihan Tidak dinyatakan Tidak dinyatakan
Berdasarkan jadual 4, dari aspek kelulusan, Syarikat DHL Express menetapkan
kelayakan calon mesti mempunyai SPM dengan kelayakan minimum diploma. Jawatannya
juga terbuka kepada calon yang mempunyai Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda,
Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional manakala Syarikat Grab terbuka kepada calon
yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma, ijazah sehinggalah Ijazah
Profesional. Hal ini disebabkan jawatan penyelia Syarikat DHL Express mempunyai
tanggungjawab yang hampir sama dengan penolong pengurus keselamatan Syarikat Grab
iaitu menjadi pemimpin kepada pasukan tersebut untuk melaksanakan tugas bagi mencapai
mencapai matlamat syarikat.
Menerusi aspek pengalaman pula, Syarikat DHL Express memerlukan calon
mempunyai pengalaman operasi sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun dan keutamaan lebih
kepada calon yang berpengalaman dalam industri pengangkutan atau logistik kerana jawatan
ini bertanggungjawab secara langsung untuk menguruskan proses penghantaran dan
penghantaran bungkusan dengan cekap di dalam depot penghantaran DHLeC. Syarikat Grab
pula memerlukan calon yang mempunyai Ijazah sarjana muda pengalaman sekurang-
kurangnya 3 tahun dan ke atas dan tidak menyatakan bidang pekerja yang spesifik kerana
jawatan ini bertanggungjawab secara langsung untuk mengendalikan pasukan kepimpinan
dan pengurusan bersama dengan misi keselamatan dan prinsip organisasi.
Bagi Syarikat DHL Express, keutamaan yang diberikan kepada calon yang
mempunyai pengalaman pengurusan iaitu Ketua Pasukan atau Penyelia. Syarikat Grab
memberi keutamaan kepada calon yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah atau
membuat keputusan, komunikasi, dan kemahiran interpersonal yang sangat baik. Hal ini
kerana bidang tugas bagi jawatan Penyelia Syarikat DHL Express adalah untuk memberi
29
Document Page
020101-01-0020
arahan, bimbingan dan sokongan kepada pekerja untuk membantu mereka melaksanakan
tugas dengan berkesan.
Dari aspek kelayakan tambahan, Syarikat DHL Express memerlukan calon yang
mempunyai pengetahuan yang baik mengenai pengurusan penghantaran dan proses
penghantaran kurier atau ekspres kerana bidang tugasnya adalah berkaitan dengan
menguruskan proses penghantaran dan penghantaran bungkusan dengan cekap di dalam
depot penghantaran DHLeC. Manakala Syarikat Grab memerlukan calon yang mempunyai
luas pemikiran untuk mengembangkan berbagai kebijakan dan prosedur yang kompleks
dengan panduan minimum untuk mencegah dan mengurangkan risiko keselamatan kerana
bidang tugasnya adalah bertanggungjawab untuk mengesan, menganalisis, dan menyajikan
data, serta memantau KPI keselamatan pengguna Grab di Malaysia untuk menanda aras
prestasi dan standard keselamatan syarikat.
Analisis di atas mendapati kedua-dua syarikat yang dikaji menyatakan spesifikasi
kerja dari aspek kelulusan, pengalaman, keutamaan dan kelayakan tambahan yang diperlukan
daripada calon dengan jelas. Bagaimana pun dari aspek kemahiran dan kelebihan kedua-dua
syarikat tidak menyatakannya.
5.3.3 HURAIAN KERJA
Jadual 6: Perbandingan dari aspek huraian kerja bagi jawatan Penyelia di Syarikat DHL
Express dan jawatan Penolong Pengurus Keselamatan di Syarikat Grab
Aspek Syarikat DHL Express Syarikat Grab
Tanggungjawab 1. Membantu mengekalkan
prestasi dan memenuhi sasaran
2. Menguruskan proses
penghantaran dan penghantaran
bungkusan dengan cekap di
dalam depot penghantaran
DHLeC
3. Memastikan kepatuhan
terhadap aliran kerja operasi
1. Mengendalikan pasukan
kepimpinan dan pengurusan
bersama dengan misi keselamatan
dan prinsip organisasi
2. Kembangkan dasar dan proses
keselamatan pengguna dalaman
dan luaran
3. Bertanggungjawab untuk
mengesan, menganalisis, dan
30
Document Page
020101-01-0020
dan prosedur operasi standard
(SOP) ditentukan untuk operasi
depot
4. Memantau imbasan dan
imbasan penghantaran harian
5. Memberi arahan, bimbingan
dan sokongan kepada pekerja
untuk membantu mereka
melaksanakan tugas dengan
berkesan
6. Memotivasi, melatih,
melatih dan menyokong pekerja
baru dan sedia ada untuk
memberikan tahap
perkhidmatan yang tinggi
kepada pelanggan
(Yang lain-lain rujuk dalam
iklan)
menyajikan data, serta memantau
KPI keselamatan di Malaysia
untuk menanda aras prestasi dan
standard keselamatan syarikat
4. Menyokong pengoperasian,
pengembangan teknologi dan
produk baru yang dilancarkan
untuk meningkatkan keselamatan
pengguna
5. Melaksanakan peta jalan audit
keselamatan yang didasarkan
pada amalan terbaik industri dan
cadangan daripada badan
akreditasi keselamatan
(Yang lain-lain rujuk dalam iklan)
Berdasarkan jadual 6, Syarikat DHL Express menyenaraikan 6 tanggungjawab
manakala Syarikat Grab menyenaraikan 5 tanggungjawab sahaja. Tanggungjawab utama
pengurus peringkat bawahan Syarikat DHL Express iaitu Penyelia adalah membantu
mengekalkan prestasi dan memenuhi sasaran syarikat. Selain itu, penyelia juga
bertanggungjawab untuk menguruskan proses penghantaran dan penghantaran bungkusan
dengan cekap di dalam depot penghantaran DHLeC. Penyelia perlu memastikan kepatuhan
terhadap aliran kerja operasi dan prosedur operasi standard (SOP) ditentukan untuk operasi
depot. Pengurus Projek juga bertanggungjawab untuk memantau imbasan dan imbasan
penghantaran harian. Seterusnya, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Penyelia
adalah memberi arahan, bimbingan dan sokongan kepada pekerja untuk membantu mereka
melaksanakan tugas dengan berkesan. Memotivasi, melatih dan menyokong pekerja baru dan
sedia ada untuk memberikan tahap perkhidmatan yang tinggi kepada pelanggan juga
merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Penyelia. Hal ini selaras
dengan tanggungjawab seorang pengurus bawahan yang memerlukan pengurus
31
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
020101-01-0020
bertanggungjawab kepada pengurus peringkat pertengahan dalam melaksanakan rancangan
operasinya.
Manakala tanggungjawab utama pengurus peringkat bawahan bagi Syarikat Grab iaitu
Penolong Pengurus Keselamatan ialah mengendalikan pasukan kepimpinan dan pengurusan
bersama dengan misi keselamatan dan prinsip organisasi. Mengembangkan dasar dan proses
keselamatan pengguna dalaman dan luaran juga merupakan salah satu tanggungjawab yang
penting untuk dilaksanakan. Selain itu, Penolong Pengurus Keselamatan haruslah
bertanggungjawab untuk mengesan, menganalisis, dan menyajikan data, serta memantau KPI
keselamatan di Malaysia untuk menanda aras prestasi dan standard keselamatan syarikat.
Seterusnya, Penolong Pengurus Keselamatan juga bertanggungjawab dalam menyokong
pengoperasian, pengembangan teknologi dan produk baru yang dilancarkan untuk
meningkatkan keselamatan pengguna. Melaksanakan peta jalan audit keselamatan yang
didasarkan pada amalan terbaik industri dan cadangan daripada badan akreditasi keselamatan
juga adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh calon yang memegang jawatan
tersebut. Hal ini selaras dengan tanggungjawab seorang pengurus bawahan yang memerlukan
pengurus bertanggungjawab kepada pengurus peringkat pertengahan dalam melaksanakan
rancangan operasinya.
Analisis di atas mendapati kedua-dua syarikat yang dikaji menyatakan huraian kerja
yang diperlukan daripada calon dengan jelas supaya memastikan setiap pekerja yang diambil
oleh syarikat memahami peranan masing-masing dan membuat persediaan awal bagi
menjalankan kerja dengan lebih baik.
5.3.4 PAMPASAN
Jadual 7: Perbandingan dari aspek pampasan bagi jawatan Penyelia di Syarikat DHL Express
dan jawatan Penolong Pengurus Keselamatan di Syarikat Grab
Aspek Syarikat DHL Express Syarikat Grab
Kewangan Gaji: RM 3,500 - RM 4,200 Gaji: RM 3,000 - RM 4,200
Bukan
Kewangan
Perubatan Elaun lain-lain dan perubatan
Dari aspek pampasan kewangan, Syarikat DHL Express memberi gaji minimum yang
lebih tinggi iaitu RM3500 berbanding dengan Syarikat Grab yang hanya memberi RM3000.
32
Document Page
020101-01-0020
Bagaimanapun kedua-dua syarikat ini memperuntukkan gaji maksimum untuk jawatan yang
ditawarkan terhad kepada RM4200 kerana beban kerja dan tugas yang perlu dibuat bagi
jawatan Penyelia Syarikat DHL Express adalah lebih banyak. Walaubagaimanapun,
kelebihan dalam aspek pampasan bukan kewangan diberi oleh Syarikat Grab lebih banyak
kerana ia bukan hanya menawarkan faedah elaun perubatan tetapi juga elaun lain yang
bersesuaian seperti keperluan asas, kedua-dua syarikat menawarkan pampasan seperti
perubatan kepada pekerjanya.
Analisis mendapati gaij minimum yang ditawarkan oleh Syarikat DHL Express lebih
tinggi berbanding dengan Syarikat Grab. Kedua-dua syarikat ini memperuntukkan gaji
maksimum untuk jawatan yang ditawarkan terhad kepada RM4200.
5.4 MENYEDIAKAN SATU RESUME UNTUK CALON LEPASAN STPM MEMOHON
___JAWATAN PENOLONG PENYELIA DI SYARIKAT WATSON
33
TUJUAN
SELEPAS STPM,
SAYA HENDAK
MEMOHON
JAWATAN KOSONG
SUPAYA DAPAT
PENGALAMAN
JOAN QUEK XIAO QI
CALON LEPASAN STPM
JANTINA: PEREMPUAN
NO.IC: 020101-01-0020
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
STPM
-Mengambil subjek Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Mathematics M
dan Pengajian Am
-MUET Band 3
SPM
-Mendapat keputusan cemerlang dalam Bahasa Melayu (A-), Bahasa
Document Page
020101-01-0020
6.0 RUMUSAN
Pengkaji mendapati bahawa objektif kajian telah dicapai kerana pengkaji telah
memperoleh dan menganalisis semua maklumat berkenaan amalan pengambilan sumber
manusia bagi jawatan pengurusan pertengahan dan jawatan pengurusan bawahan yang
dilaksanakan oleh Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab. Dapatan
kajian dan perbincangan kajian pengkaji menumpukan kepada sumber iklan, spesifikasi kerja,
huraian kerja dan faktor penentuan pampasan.
Objektif yang pertama adalah menganalisis amalan pengambilan sumber manusia
antara tiga buah syarikat iaitu Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab
di Malaysia. Pengkaji mendapati kesemua syarikat yang dikaji mengunakan sumber iklan
menerusi sumber luaran iaitu iklan. Medium media elektronik iaitu laman sesawang
34
KELEBIHAN
1.Boleh bekerja berlebih
jam dan dapat bekerja
pada hujung minggu dan
cuti umum
2.Boleh bekerja sepanjang
masa hadapan
tabler-icon-diamond-filled.svg

Secure Best Marks with AI Grader

Need help grading? Try our AI Grader for instant feedback on your assignments.
Document Page
020101-01-0020
(jobstreet) digunakan dalam usaha menarik minat calon pekerja untuk mengisi jawatan
kosong yang ditawarkan. Kedua-dua peringkat pengurusan ini juga menyenaraikan
spesifikasi tugas iaitu kelulusan, kemahiran bahasa, pengalaman, keutamaan, kelayakan
tambahan, kelebihan dan huraian tugas iaitu daripada aspek tanggungjawab dengan jelas
untuk dijadikan panduan bagi calon memohon jawatan yang ditawarkan.
Bagaimanapun didapati ketiga-tiga syarikat yang dikaji tidak menyatakan jumlah
pampasan yang bakal diterima calon iaitu Syarikat DHL Express dan Syarikat Coca-Cola
tidak menyatakan gaji bagi jawatan peringkat pengurusan pertengahan tetapi kedua-dua
syarikat ini menyenaraikan pampasan yang diperuntukkan dalam bukan kewangan untuk
menarik calon bagi memohon jawatan yang ditawarkan. Dapat dirumuskan bahawa,
pampasan kewangan terutama gaji dan pampasan bukan kewangan yang diterima oleh
peringkat pengurusan pertengahan dan adalah lebih tinggi berbanding gaji yang ditawarkan
kepada calon yang berada di peringkat bawahan. Hal ini disebabkan tanggungjawab dan
akauntabiliti yang terpaksa ditanggung oleh peringkat pengurusan pertengahan adalah lebih
banyak dan berat.
Objektif yang kedua adalah membuat perbandingan antara peringkat pengurusan
pertengahan berdasarkan iklan yang ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat
Coca-Cola. Pengkaji mendapati iklan yang menawarkan jawatan Pengurus Projek di Syarikat
DHL Express dan menawarkan jawatan Pengurus Pengeluaran di Syarikat Coca-Cola
menyenaraikan spesifikasi tugas dengan jelas terutama dari aspek kelulusan, kemahiran
bahasa, pengalaman, keutamaan, kelayakan tambahan dan kelebihan dalam iklan jawatan
kosongnya. Syarikat - syarikat ini menetapkan kelulusan diploma dan Ijazah Sarjana Muda
adalah kelulusan minima untuk calon memohon jawatan yang ditawarkan. Selain itu,
syarikat- syarikat ini juga menitikberatkan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam
bidang berkaitan bidang tugas yang dipohon. Kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dengan baik juga antara yang disyaratkan. Keperluan calon
mempunyai kemahiran interpesonal juga dititikberatkan disebabkan pengurus peringkat
pertengahan bertindak sebagai penghubung antara peringkat pengurus atasan dan bawahan.
Syarikat- syarikat ini juga menyenaraikan huraian tugas dengan jelas. Hal ini bertujuan
memberi gambaran awal kepada calon supaya bersedia menjalankan fungsi pengurusan iaitu
merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal jabatan di bawah pimpinannya
mencapai perancangan taktiknya dengan berkesan.
Objektif yang ketiga adalah membuat perbandingan antara peringkat pengurusan
bawahan berdasarkan iklan yang ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat Grab .
35
Document Page
020101-01-0020
Pengkaji mendapati iklan yang menawarkan jawatan Penyelia di Syarikat DHL Express dan
menawarkan jawatan Penolong Pengurus Keselamatan di Syarikat Grab menyenaraikan
spesifikasi tugas dengan jelas terutama dari aspek kelulusan, pengalaman, keutamaan dan
kelayakan tambahan dalam iklan jawatan kosongnya. Syarikat - syarikat ini menetapkan
kelulusan SPM atau diploma adalah kelulusan minima untuk calon memohon jawatan yang
ditawarkan. Selain itu, syarikat- syarikat ini juga menitikberatkan pengalaman sekurang-
kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan bidang tugas yang dipohon. Keperluan calon
mempunyai kemahiran teknikal menjadi syarat utama disebabkan pengurus peringkat
bawahan perlu memahami dan mengaplikasi prosedur, peraturan dan teknik kerja dalam
sesuatu unit atau pasukan yang dipimpin bagi memastikan operasi rutin berjalan lancar.
Objektif yang keempat adalah menyediakan satu resume untuk calon lepasan STPM
memohon jawatan penolong penyelia di Syarikat Watson. Pengkaji telah mendapatkan iklan
jawatan kosong daripada sumber luar iaitu iklan di laman IndeedJob. Iklan yang dipilih
mensyaratkan sekurang-kurangnya calon berkelulusan SPM atau STPM. Setelah
menganalisis spesifikasi dan huraian kerja iklan tersebut, pengkaji berminat untuk memohon
jawatan yang ditawarkan dan dapat menyediakan resume yang lengkap untuk memohon
jawatan tersebut.
Isu berkaitan amalan pengambilan sumber manusia adalah sukar dan tidak boleh
diambil mudah oleh pihak majikan. Hal ini disebabkan ia akan menentukan kejayaan dan
cemerlangnya sesebuah organisasi sama ada pengambilan sumber manusia itu berada di
peringkat atasan, pertengahan mahupun bawahan. Sumber iklan yang mudah dan luas diekses
seharusnya dititik beratkan bagi memastikan aktiviti merekrut calon dapat dijalankan dengan
semaksimum yang mungkin untuk membantu calon memohon dan mendapatkan pekerjaan.
Langkah syarikat mengiklankan jawatan kosong di laman sesawang JobStreet adalah langkah
yang bijak, dan perlu diteruskan. Pengurus sumber manusia juga perlu lebih peka dalam
menyenaraikan spesifikasi kerja. Spesifikasi kerja perlu bersesuaian dengan jawatan yang
ditawarkan. Kebanyakan syarikat yang mensyaratkan pengalaman kerja dalam bidang
berkaitan mungkin akan menjadi halangan lepasan graduan yang baru untuk mempertaruh
kehebatan mereka mengurus dalam bidang berkaitan. Pampasan yang lebih tinggi sama ada
dalam bentuk wang mahupun bukan wang juga perlu diberikan kepada calon kerana ia akan
menjadi pendorong dan motivasi mereka bekerja dengan lebih cekap dan berkesan. Begitu
juga daripada aspek huraian tugas. Sesebuah iklan jawatan kosong perlu menyenarai
tanggungjawab dan akauntabiliti yang bakal dipegang dalam jawatannya. Ini menjadikan
calon lebih bersedia untuk memikul setiap tanggungjawab dan akauntabilit yang
36
Document Page
020101-01-0020
disenaraikan. Pengalaman membuat resume untuk memohon pekerjaan adalah satu
pengalaman baru bagi pengkaji. Ini membantu pengkaji untuk lebih bersemangat untuk
menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan.
Untuk kajian yang akan datang, pengkaji mencadangkan agar penyelidik boleh
menyediakan garis panduan untuk menentukan kaedah pengambilan pekerja yang berkualiti
dan mengekalkan mereka dalam organisasi untuk satu tempoh masa yang panjang. Kajian
juga boleh dilakukan untuk menentukan isyarat yang biasa ditunjukkan oleh pekerja yang
akan meninggalkan organisasi. Isyarat tersebut dapat membantu organisasi untuk mengatasi
masalah-masalah pekerja yang hendak meninggalkan organisasi.
Pengkaji mencadangkan iklan syarikat haruslah ditambahbaikan dengan menyatakan
pelbagai insentif dan bonus untuk menarik pelbagai pemohon yang berpotensi. Analisis
tentang kepentingan pampasan bukan kewangan juga diperlukan kepada amalan pengambilan
sumber manusia. Hal ini kerana ia akan memberikan satu nilai tambah yang sangat positif
untuk mendorong pekerja melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang. Moga syarikat yang
dikaji iaitu Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab akan terus menjadi
syarikat yang berjaya dan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dan serba
sedikit dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
7.0 RUJUKAN
7.1 BUKU
Bernardin, H. John. and Russell, Joyce. E. 1998 Human Resource Management An
Experiential Approach. McGraw-Hill, New York.
Bohlander, G., Snell, S. and Sherman, A. 2001 Managing Human Resource. 12th Edition,
South Western College, Cincinnati.
Bryman, A. 2008 Social research methods. 3rd Edition, Oxford University Press., New York.
Ghebregiorgis & Karsten 2007. Human resource management and performance in a
developing country: The case of Eritrea. The International Journal of Human Resource
Management,
37
tabler-icon-diamond-filled.svg

Paraphrase This Document

Need a fresh take? Get an instant paraphrase of this document with our AI Paraphraser
Document Page
020101-01-0020
Ivancevich, J. M. 2001. Human Resource Management. (8th Ed.). New York: The McGraw-
Hill Companies, Inc.
John M. Ivancevich 1995. Human Resource Management. (6th Ed). New York: The
McGraw-Hill Companies, Inc.
Marican, S. 2005. Research Methods in Social Sciences. Kuala Lumpur: Prentice
Hall/Pearson Malaysia.
Milkovich, G.M. and Newman, J.M. 2005 Compensation. 8th Edition, Irwin McGraw-Hill
Ryerson, Limited
Milton L. Blum and James C. Naylor. Industrial Psychology: Its Theoretical and Social
Foundations (3rd edition). New York: Harper and Row, 1968. Pp.
Rohana Yusof 2003. Penyelidikan Sains Sosial, Kuala Lumpur, PTA Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Schostak, John. March, 2002. Understanding, Designing and Conducting Qualitative
Research in Education: Framing the Project (Conducting Educational Research)
William R. Tracey 2004. The Human Resources Glossary, Third Edition: The Complete Desk
Reference for HR Executives, Managers, and Practitioners
7.2 ATAS TALIAN
https://malaysia.indeed.com/viewjob?from=appsharedroid&jk=3aeddd3eb8f6246d (dilayari
pada 4 Oktober 2020)
https://www.jobstreet.com.my/en/job/project-manager-application-built 4402020?
jobId=jobstreet-my-job-4402020&searchRequestToken=771f6682-b0a6-40eb 9125-
e872bac0d7e1&sectionRank=8&fr=SRP%20View%20In%20New%20Tab (dilayari pada 18
Oktober)
https://www.jobstreet.com.my/en/job/supervisor-teluk-intan-4395710?jobId=jobstreet-my-
job-4395710&searchRequestToken=771f6682-b0a6-40eb-9125-
e872bac0d7e1&sectionRank=15&fr=SRP%20View%20In%20New%20Tab (dilayari pada
18 Oktober 2020)
https://www.jobstreet.com.my/en/job/production-manager-4400133?jobId=jobstreet-my-job-
4400133&searchRequestToken=e89f5397-7f8e-47e0-bc75-
2c89711675f4&sectionRank=3&fr=SRP%20View%20In%20New%20Tab (dilayari pada
Oktober 2020)
https://www.jobstreet.com.my/en/job/safety-assistant-manager-8147175/origin/sg?
jobId=jobstreet-sg-job-8147175&searchRequestToken=4c2f8757-5850-439e-98a5-
df849fed3770&sectionRank=18&fr=SRP%20View%20In%20New%20Tab (dilayari pada 18
Oktober)
http://gonjenggroup.blogspot.com/2014/02/pengrekrutan-dan-pemilihan.html (dilayari pada
22 Oktober 2020)
38
Document Page
020101-01-0020
https://www.researchgate.net/publication/
328736096_AMALAN_PENGURUSAN_SUMBER_MANUSIA_PSM_DAN_HASIL_PSM
_DI_POLITEKNIK (dilayari pada 22 Oktober 2020)
https://www.researchgate.net/publication/283479198_Bab_4_Kaedah_Kajian (dilayari pada
22 Oktober 2020)
http://www.myhealth.gov.my/iklan-kosmetik-apakah-yang-perlu-anda-tahu/ (dilayari pada 26
Oktober 2020)
https://www.studimanajemen.com/2019/03/deskripsi-pekerjaan-spesifikasi-pekerjaan.html?
m=1 (dilayari pada 26 Oktober 2020)
https://ms.businessemt.com/96-info-8191337-advantages-disadvantages-internet-newspaper-
advertisingl-68934 (dilayari pada 9 Oktober 2020)
https://azikrie.wordpress.com/2011/03/20/pengambilan-pekerja/ (dilayari pada 18 November
2020)
7.3 JURNAL
Mokhtar bin Pet, 2015. Relationship Domoin of Form Six Teachers Thinking in Teaching
with External Factors of Form Six Teachers. IJERE. Mac, Vol 4, No 1, hlm. 1-7
Flynn, G., 1994. Attracting the right employees and keeping them. Personnel Jurnal
7.4 MAJALAH/ BULLETIN
Abu Bakar Hamed, 1991. Usahawan: Satu panduan ;praktikal. Usahawan Malaysia, 55/56,
hlm. 52-53
7.5 YOUTUBE
https://youtube.be/vitaF69SoN1
39
chevron_up_icon
1 out of 39
circle_padding
hide_on_mobile
zoom_out_icon
[object Object]

Your All-in-One AI-Powered Toolkit for Academic Success.

Available 24*7 on WhatsApp / Email

[object Object]