logo

Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia

   

Added on  2021-10-01

39 Pages11161 Words400 Views
020101-01-0020
1.0 PENGENALAN
Amalan pengambilan sumber manusia adalah proses yang dilaksanakan oleh sesebuah
organisasi untuk mengambil pekerja bagi mengisi tempat kosong sesuatu jawatan dalam
organisasi tersebut. Menurut Flynn (1994), pengambilan adalah proses menarik minat
seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi. Proses pengambilan
sumber manusia pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai calon yang
berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Menurut William R. Tracey (2004),
sumber manusia ialah orang yang pekerja dan mengendalikan organisasi. Menurut Poloski
Vokic & Vidovic (2008), amalan pengurusan sumber manusia telah lama diiktiraf sebagai
satu cara yang berkesan bagi meningkatkan prestasi organisasi dan telah menjadi bidang
kajian yang semakin penting. Menurut Ghebregiorgis & Karsten (2007), kajian lepas
mendapati organisasi yang mengurus sumber manusianya dengan baik dapat meningkatkan
motivasi, komitmen terhadap organisasi, kepuasan bekerja, kemahiran, kehadiran, tingkah
laku kewargaan serta berjaya mengekalkan pekerja yang penting. Menurut Bohlander (2001),
pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai
untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivencevich (2001) pula mentakrifkan
pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi
membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai
matlamat organisasi dan individu.
Menerusi kajian ini, pengkaji telah memilih tiga syarikat iaitu Syarikat DHL Express,
Syarikat Coca-Cola Dan Syarikat Grab untuk dikaji.
Syarikat DHL Express merupakan syarikat ekspress udara antarabangsa yang
pertama. Ia ditubuhkan bagi melakukan operasi-operasi di Malaysia pada tahun 1973 bagi
mengendalikan ekspress udara pelanggan-pelanggan, dalam tempoh kritikal dan keperluan-
keperluan kargo. Syarikat DHL Express mempunyai lima pintu masuk antarabangsa untuk
menyalurkan semua pergerakan perkhidmatan rentas sempadan. Kemudahan pintu masuk ini
adalah yang terbesar dan paling maju di kalangan syarikat-syarikat ekpress udara negara ini
1
Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia_1
020101-01-0020
dan mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk membuat penghantaran dengan cepat dan
cekap. Syarikat DHL Express menawarkan perkhidmatan yang diintegrasikan antara satu
sama lain yang diuruskan oleh profesional, kemudahan yang terbaik, solusi yang berfokus
pada keperluan pelanggan untuk mengurus dan mengagihkan dokumen, barang dan
maklumat. Syarikat DHL Express merupakan sebuah syarikat yang amat menitikberatkan
kepuasan pelanggan. Visi syarikat ini adalah ‘Kepercayaan pelanggan terhadap DHL sebagai
syarikat pilihan utama bagi perkhidmatan logistik dan penghantaran ekspress, mengetuai
industri logistik dari segi kualiti, keuntungan dan pasaran saham’. Terdapat empat misi utama
yang menjadi panduan terhadap kejayaan DHL Express. Pertama ialah menawarkan
perkhidmatan ekspress paling berkualiti dan penyelesaian logistik berdasarkan kepakaran
tempatan dan digabung dengan rangkaian antarabangsa yang luas. Kedua ialah menarik,
membangun dan mengekalkan pelanggan utama dengan mewujudkan satu persekitaran kerja
antarabangsa yang sebenar dan meletakkan nilai pada warisan budaya Malaysia. Ketiga ialah
menghantar barangan di atas purata pulangan-pulangan dengan menyediakan tahap kualiti
yang tinggi dan penyelesaian-penyelesaian masalah penghantaran pada semua peringkat
dalam proses perniagaan. Keempat ialah bertanggungjawab dalam setiap negara di mana
mereka beroperasi, melibatkan sosial dan keperluan persekitaran pekerja-pekerja mereka,
komuniti-komuniti tempatan dan awam.
Syarikat Coca-Cola adalah satu-satunya syarikat pengeluar minuman utama di
Malaysia yang menghasilkan dan menjual minuman ringan sifar kalori dan sifar gula serta
melalui pembesaran kilang yang ada, ia membolehkan pengeluaran ditingkatkan selain
menghasilkan produk baharu. Di Malaysia, sistem Coca-Cola mengeluarkan, memasarkan
dan mengedar lebih dari 20 produk termasuk minuman berkilau (Coca-Cola, Fanta, Sprite,
A&W, Schweppes), minuman berkilau sifar kalori (Coke Light, Coke Zero), minuman jus
(Minute Maid Pulpy), teh (Langit dan Bumi), isotonik (Aquarius) dan air (Dasani). Misi
syarikat ini adalah menjadi syarikat minuman tanpa alkohol terkemuka di Malaysia. Sejak
tahun 2010, syarikat Coca-Cola telah melabur lebih dari RM750 juta di Malaysia
mewujudkan lebih daripada 800 pekerjaan dan menyentuh lebih dari 60,000
pelanggan. Melalui program dan perkongsian syarikat ini, syarikat Coca-Cola bertujuan
untuk membuat perbezaan positif yang berkekalan dalam masyarakat setempat. Untuk tahun
2017, Coca-Cola membuat pelaburan tambahan sebanyak RM500 juta di Malaysia yang
mana sebahagian besar digunakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kilangnya di
Nilai, Negeri Sembilan, yang juga bertindak sebagai hab pengeluaran halal bagi pasaran
2
Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia_2
020101-01-0020
Malaysia, Singapura dan Brunei. Melalui pembesaran membabitkan kawasan seluas 10 ekar
sebagai tambahan kepada kawasan kilang yang seluas 31 ekar pada masa ini, pembinaan
kilang tambahan itu bermula tahun ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2020.
Grab lebih daripada sekadar platform pembayaran bergerak dan pembayaran mudah
alih yang terkemuka di Asia Tenggara. Grab menggunakan data dan teknologi untuk
memperbaiki segala-galanya dari pengangkutan hingga pembayaran di rantau lebih daripada
620 juta orang. Grab bermula sebagai aplikasi memanggil teksi pada tahun 2012, tetapi telah
memperluas platform produknya untuk merangkumi perkhidmatan kereta persendirian
(GrabCar & GrabShare), teksi motosikal (GrabBike), carpooling sosial (GrabHitch),
penghantaran batu terakhir (GrabExpress & GrabFood), bas & perkhidmatan ulang-alik
(GrabCoach & GrabShuttle) serta perkhidmatan pembayaran mudah alih
(GrabPay). Syarikat ini fokus untuk mempelopori alternatif perjalanan dan pembayaran baru
untuk pemandu dan penumpang dengan penekanan pada kelajuan, keselamatan, dan
kebolehpercayaan. Saat ini Grab menawarkan perkhidmatan di Malaysia, Singapura,
Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, dan Myanmar. Kini Grab mempunyai hampir 5000
pekerja dan di Malaysia sahaja kira-kira 60,000 orang mendaftar dengan Grab untuk menjadi
pemandu. Grab hari ini telah memulakan waktu operasi baru, selari dengan pembukaan
beberapa sektor ekonomi di beberapa buah negeri. Perubahan baru ini memberikan kesan
terhadap operasi GrabFood, GrabMart dan juga GrabCar, selain GrabExpress. Untuk
GrabExpress yang memfokuskan perkhidmatan penghantaran dokumen dan barangan, ia akan
beroperasi antara pukul 8 pagi sehingga 8 malam di Semenanjung Malaysia, 8 pagi hingga 6
petang di Sabah, dan 8 pagi hingga 7 petang di Sarawak. Untuk GrabFood dan GrabMart
pula, ia beroperasi antara pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam di beberapa bandar utama,
dan berbeza mengikut negeri. Sebagai contoh, hanya antara 3 petang ke 6.30 petang di
Kelantan.
3
Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia_3
020101-01-0020
2.0 OBJEKTIF
Menurut Ahmad, S., Thinagaran, P., & Nagarajah, L. (2014), objektif kajian adalah
matlamat-matlamat khusus dan mengandungi lebih daripada satu tujuan. Terdapat empat
objektif dalam kajian ini.
Objektif tersebut ialah:
2.1 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia antara tiga buah syarikat iaitu
Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola dan Syarikat Grab di Malaysia
2.2 Membuat perbandingan antara peringkat pengurusan pertengahan berdasarkan iklan yang
ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat Coca-Cola
2.3 Membuat perbandingan antara peringkat pengurusan bawahan berdasarkan iklan yang
ditawarkan oleh Syarikat DHL Express dan Syarikat Grab
2.4 Menyediakan satu resume untuk calon lepasan STPM memohon jawatan penolong
penyelia di Syarikat Watson
4
Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia_4
020101-01-0020
3.0 LATAR BELAKANG
Pengambilan tenaga manusia melibatkan beberapa proses seperti merekrut, pemilihan,
penawaran kerja dan mengadakan program induksi. Merekrut ialah aktiviti yang dilakukan
oleh pengurusan sumber manusia bagi menarik minat bakal calon pekerja untuk berkhidmat
dalam sesebuah organisasi. Pemilihan melibatkan proses membuat pemilihan atau
pengambilan pekerja yang terbaik dan memenuhi syarat daripada sejumlah calon yang telah
memohon untuk mengisi jawatan yang ditawarkan. Penawaran kerja merupakan satu tawaran
pekerjaan yang diberikan kepada calon yang telah berjaya dalam proses pemilihan dengan
dinyatakan syarat-syarat kontrak pekerjaan yang dimeterai antara pihak organisasi dengan
calon. Induksi merupakan kursus yang diberikan kepada pekerja yang baru mendapat
pekerjaan atau diberikan tanggungjawab baharu supaya dapat memahami dan menyesuaikan
diri dengan suasana pekerjaan dan persekitaran organisasi.
Tindakan yang boleh dilakukan oleh sesebuah organisasi untuk menarik minat
seseorang pekerja untuk meminta jawatan di syarikat tertentu adalah melalui iklan, hebahan
umum, head-hunting, temuduga terbuka, rujukan dan agensi pekerjaan. Iklan ialah
pengumuman mengenai jawatan kosong untuk mendapatkan pemohon-pemohon yang
beroperasi dalam bentuk pemberian notis melalui poster diletakkan di tempat yang strategik
dan meletakkan dalam ruang surat khabar dan jurnal atau menyampaikan mesej melalui radio
dan televisyen. Hebahan umum merupakan satu tindakan pihak majikan menyebarkan
kekosongan jawatan kepada orang ramai melalui media massa seperti media elektronik dan
media cetak. Head-hunting merupakan kaedah seni atau ilmu dalam proses mendapatkan
pekerja berpotensi melalui pelbagai sumber seperti teman, rakan sekerja, rujukan dan
sebagainya. Temuduga terbuka iaitu temu duga terbuka merupakan satu kaedah bakal pekerja
merujuk melalui media massa atau media persendirian sesebuah organisasi untuk mengetahui
tentang kekosongan sesuatu jawatan. Rujukan adalah secara rujukan ataupun cadangan
daripada pekerja dalaman syarikat itu sendiri. Agensi pekerjaan selalu digunakan oleh
5
Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia_5
020101-01-0020
kebanyakan majikan dalam mengenalpasti bakal pekerja yang berpotensi seperti agensi
naungan kerajaan dan juga agensi swasta.
Menurut Ivencevich (1995), analisis pekerjaan merupakan satu proses yang sistematik
bertujuan untuk mengutip maklumat berkaitan aspek kerja yang penting bagi sesuatu
pekerjaan. Iklan yang baik perlu mempunyai ciri-ciri seperti menarik perhatian, jujur, tidak
terlalu panjang iaitu ringkas dan padat, terperinci dan mempunyai maklumat spesifikasi dan
huraian kerja yang jelas. Analisis kerja merupakan suatu proses pengumpulan maklumat
tentang tugas, tanggungjawab, jenis kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang
diperlukan untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berkenaan. Analisis tersebut akan
membantu dalam perancangan, pengrekrutan, latihan, penilaian prestasi dan pemberian
ganjaran kepada pekerja kelak. Analisis kerja akan menghasilkan dua output iaitu spesifikasi
kerja dan huraian kerja. Kenyataan yang menyatakan kelayakan minimum dan kualiti yang
diperlukan, untuk prestasi kerja tertentu dikenali sebagai spesifikasi pekerjaan. Spesifikasi
kerja menyatakan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh pekerja seperti ciri-ciri fizikal (ketinggian,
berat, penglihatan), ciri demografi (umur, pengalaman, jantina, pendidikan, kemahiran,
kebolehan), ciri psikologi (keupayaan mental, kewaspadaan, ketajaman, bakat, pemikiran),
ciri-ciri peribadi (sikap, tingkah laku, etika, adab). Huraian kerja ialah dokumen formal yang
menerangkan senarai tugas, tanggungjawab kerja dan maklumat tentang identiti kerja.
Dokumen huraian kerja ini meliputi dua aspek iaitu identiti kerja dan senarai tugas dan
tanggungjawab kerja. Identiti kerja merujuk kepada maklumat seperti nama jawatan, lokasi
kerja, penggredan, pihak yang menganalisis kerja, tarikh kerja dianalisis, dan pihak yang
mengesahkan analisis kerja tersebut. Senarai tugas dan tanggungjawab kerja menyatakan
dengan jelas tanggungjawab dan semua skop kerja yang perlu dilakukan. Huraian kerja akan
memudahkan penstrukturan semula organisasi, melancarkan pelaksanaan kerja, dan
mengelakkan pertindihan kerja.
Menurut Blum dan Naylor (1968), pemilihan melibatkan aktiviti memilih sekumpulan
kecil pekerja dari sekumpulan besar pekerja yang boleh diambil bila-bila masa sahaja.
Menurut mereka lagi, ianya bertujuan untuk melihat kemampuan individu untuk
melaksanakan sesuatu tugas sebelum individu tersebut memegang jawatan yang dipohon.
Calon yang dipilih mesti memiliki kelulusan dan kemahiran yang diperlukan untuk
menyandang jawatan tersebut berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dalam penghuraian
kerja dan spesifikasi kerja. Proses yang terlibat dalam pemilihan pekerja ialah borang
permohonan, semakan rujukan, temu duga dan ujian. Borang permohonan merupakan borang
6
Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia_6
020101-01-0020
yang digunakan untuk mengetahui butiran peribadi pemohon dan perkara yang berkaitan
dengan sesuatu perkara yang ditawarkan. Semakan rujukan ialah pihak yang boleh dihubungi
oleh pengurus sumber manusia bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan mengenai
calon. Temu duga merupakan proses pertukaran maklumat antara pihak organisasi yang
menjalankan pemngambilan dan calon yang memenuhi syarat jawatan. Ujian merupakan
proses saringan bagi mengenal pasti calon yang benar-benar memiliki pengetahuan,
kebolehan, kemahiran, dan keupayaan yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan
yang ditawarkan.
Menurut Milkovich & Newman (2005), pampasan didefinasikan sebagai semua
bentuk pulangan serta faedah dan perkhidmatan yang nyata serta jelas yang diterima oleh
pekerja sebagai sebahagian daripada ikatan perhubungan pekerjaannya. Faktor penentu
pampasan terdiri daripada lima, iatu kemampuan organisasi, bentuk atau jenis tugas, undang-
undang dan peraturan kerajaan, ganjaran yang dibayar oleh pesaing serta permintaan dan
penawaran buruh. Kemampuan organisasi merujuk kedudukan kewangan atau aset dan
tingkat keuntungan perniagaan. Jenis tugas yang berbeza akan mendapatkan ganjaran yang
berbeza. Pihak kerajaan berkuasa menentukan kadar ganjaran minimum yang perlu diberi
oleh sesebuah organisasi. Majikan akan memberikan ganjaran yang setara atau lebih tinggi
berbanding dengan ganjaran yang diberi oleh pesaing untuk mengelakkan pekerja daripada
berpindah ke organisasi lain. Permintaan buruh yang tinggi dalam sektor tertentu akan
menyebabkan kadar upah meningkat manakala penawaran buruh yang berlebihan dalam
sektor tertentu akan menyebabkan kadar upah menurun.
Secara umumnya, pengurusan pertengahan adalah mereka yang bertanggungjawab
kepada melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan. Peringkat
pengurusan ini bertanggungjawab merangka dan membuat perancangan jangka sederhana
atau perancangan taktikal (1 hingga 3 tahun) berpandukan objektif pengurusan atasan.
Mereka menyelia serta menyelaras aktiviti pengurus bawahan dan kadangkala
bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi dan membuat laporan kepada pengurus atasan.
Pengurus bawahan adalah bertanggungjawab menyelia individu-individu yang terlibat secara
lansung dengan pengeluaran produk dan perkhidmatan serta melaksanakan perancangan
khusus yang telah ditetapkan oleh pengurus pertengahan. Mereka bertanggungjawab ke atas
pekerja organisasi bukan pengurusan. Pengurusan bawahan memberi tumpuan kepada
perancangan jangka pendek atau perancangan operasi (tidak melebihi 1 tahun). Mereka
7
Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia_7
020101-01-0020
memberi penekanan terhadap tugas penyeliaan kerja operasi, pelaksanaan tugas harian
pekerja agar matlamat organisasi tercapai.
Pengambilan sumber manusia pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai
calon yang berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Terdapat banyak individu
tidak dapat mencari kerja atau hilang pekerjaan semasa Covid-19 kerana organisasi kurang
mendapat keuntungan. Perkembangan dalam pengurusan sumber manusia juga kurang
dijalankan dalam organisasi kerana terdapat pekerja-pekerja yang mengalami penyakit covid-
19 menyebabkan organisasi tersebut terpaksa menghentikan operasi bagi menjalankan proses
senitasi pembersihan kawasan persekitaran organisasi untuk membasmi kuman.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian dijalankan untuk menganalisis amalan pengambilan sumber manusia
antara 3 buah syarikat iaitu Syarikat DHL Express, Syarikat Coca-Cola Dan Syarikat Grab.
Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985), kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap suatu
objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai.
Jadual 1: ringkasan kaedah kajian
Bil Elemen Huraian
4.1 Kaedah kajian Kualitatif
4.2 Sumber data Sumber data sekunder iaitu laman rasmi Syarikat DHL
Express laman rasmi Syarikat Coca-Cola dan laman rasmi
Syarikat Grab
4.3 Prosedur kajian Langkah membuat kajian adalah seperti berikut:
4.3.1 Menerima taklimat kerja kursus
4.3.2 Mencari maklumat berdasarkan soalan
4.3.3 Menganalisis maklumat
4.3.4 Menulis lengkap dapatan kajian
4.4Analisis kajian Cara data dianalisa
4.4.1 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia
4.4.2 Membandingkan antara peringkat pengurusan
pertengahan
4.4.3 Membandingkan antara peringkat pengurusan bawahan
4.4.4 Menyediakan satu resume untuk calon lepasan STPM
memohon jawatan
4.5 Penulisan Pengkaji menulis lengkap dapatan kajian berdasarkan format
8
Amalan Pengambilan Sumber Manusia: Kajian Terhadap Syarikat DHL Express, Coca-Cola dan Grab di Malaysia_8

End of preview

Want to access all the pages? Upload your documents or become a member.

Related Documents
DBA 44558 Perdagangan komuniti online
|14
|1708
|35

Analysis of Ayat on Akhlak in Islam
|15
|2611
|60

Pada era globalisasi ini in English
|15
|2611
|510

Supply Chain Management MGMT6397
|22
|5473
|57

Promotion Strategies: Personal Selling, Publicity, and Sales Promotion - Desklib
|5
|2075
|135

Psikologi industri organisasi PDF
|6
|2618
|50