logo

Cabaran Sains Dan Teknologi Moden ke Atas umat Islam PDF

30 Pages7618 Words549 Views
   

Added on  2021-07-02

Cabaran Sains Dan Teknologi Moden ke Atas umat Islam PDF

   Added on 2021-07-02

ShareRelated Documents
CTU 211REPORT ASSIGNMENT(CABARAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN KE ATAS UMATISLAM)LECTURER’S NAMEUSTAZAH NURUL HIDAYAH AWANG @ ABDUL RAHMANNAMESTUDENT IDNUR FARAH WAHEEDA BINTI CHE AZIZ2018270738NUR SYAHIRAH BINTI MOHD RAMZI2018296234ERFA NAZIRA BINTI OSMAN2018407812NURUL AFIQAH BINTI MOHD ASRI2018445939Submission Date :171120191
Cabaran Sains Dan Teknologi Moden ke Atas umat Islam PDF_1
TABLE OF CONTENTS1.Pengenalan .......................................................... Page 32.Isi + huraian ......................................................... Page 53.Cabaran ,cadangan, penyelesaian............................. Page 74.Kesimpulan .......................................................... Page 275.Rujukan ...............................................................Page 296.Etika & moral professional......................................... Page 301.0Pengenalan 2
Cabaran Sains Dan Teknologi Moden ke Atas umat Islam PDF_2
Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi yang semakin pesat, tidak dapat dinafikan masyarakat Malaysia turut berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang menuntut kekuatan diri (jasmani, emosi, rohani dan intelek) dalam usaha mencapai status negara maju secara holistik. Oleh itu, pembangunan modal insan dilihat sebagai salah satu strategi kerajan untuk membangunkan kualiti dan daya tahan masyarakat. Sebagai sebuah negara di mana Islam sebagai agama rasmi, strategi untuk membangunkan modal insan tidak lengkap jika aspek ad-din yang merangkumi al-Quran dan al-hadis tidak dijadikan panduan dan rujukan utama ke arah mewujudkan insan syumul, yang dapat mempengaruhi kehidupan berakhlak,bermoral dan memiliki jati diri, sebagai elemen penting dalam pembangunan insan. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang pembangunan modal insan diMalaysia, dari perspektif al hadis. Iaitu untuk melihat sejauhmana pembangunan modal insan di Malaysia selaras dengan tuntutan alhadis dan al-sunnah. Cabaran sains dan teknologi moden ke atas umat islam telah berkembang seiring dengan corak pembangunan tamadun manusia di alam semesta ini. Sejarah tamadun manusia memerlukan usaha manifestasi nilai dalam skop perspektif mereka sendiri. Kenyataan di atas bole dibuktikan dengan sandaran yang kukuh dengan maksud sains dan teknologi itu sendiri. Sains dan teknologi telah berkembang dengan cara yang teratur berdasarkan objektif kajian saintifik. Inovasi dan penciptaan sains dan teknologi dipengaruhi oleh epistemologi dan metodologi. Objek kajian dalam disiplin sains dan teknologi juga dibahagikan kepada kategori ang berbeza dan juga mewujudkan cabang pengetahuan sendiri. Kertas kerja ini membincangkan tentang cabaran sains dan teknologi moden ke atas umat islam dalam tamadun islam. Nampak dengan jelas bahawa kemajuan dan pembangunan pesat sesebuah negara mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor moral rakyatnya. Iaitu berpengetahun, berkemahiran, memiliki sikap yang positif, dan jati diri yang mampan. Faktor-faktor moral ini pula dicirikan oleh nilai-nilai kehidupan beragama yang tinggi, berakhlak, memilikki modal insan, yang ditunjangi oleh keyakinan kepada Allah. Sejarah tamaddun sesebuah negara bangsa tidak akan berdiri megah hanya berpaksikan kepada sistem nilai yang hanya ditentukan oleh peradaban manusia yang meletakkan pemikiran logik akal, aspek tradisi dan budaya sebagai penentu baik buruk sesuatu tingkah laku. Hari ini Barat yang mengklafikasikan negara mereka sebagai nagara maju, sedang menghadapi krisis moral yang hebat diselubungi oleh keruntuhan aqidah, faham liberalisme, terlalu mementingkan hak asasi manusia, dan menolak kehidupan beragama. Hari ini dapat disaksikan krisis 3
Cabaran Sains Dan Teknologi Moden ke Atas umat Islam PDF_3
nilai yang cukup hebat dalam kalangan mereka. Menyedari hakikat ini, Malaysia sedang bergerak kearah memantapkan modal insan rakyatnya supaya wawasan dan matlamat untuk mencapai negara maju menjadi realiti, berdasarkan acuan dan budaya tempatan. Malaysia agak bertuah kerana kedatangan Islam dengan sendirinya telah membentuk satu modus operandi yang jelas dan berfokus dari segi fizikal dan rohani dalam usaha membangun dan memantapkan nilai-nilai insan dalam kalangan rakyatnya. Oleh itu tidak dapat dinafikan modul pembangunan insanyang dikemukakan oleh Rasulullah SAW melalui hadis dan sunnah merupakan manisfestasi daripada kehendak Al-Quran, yang perlu dijadikan penanda aras kepada gerakan pembangunan modal insan yang dihasratkan oleh kerajaan. Al-Hadis yang merupakan sumber kedua penting selepas Al-Quran, mempunyai peranan penting dalam usaha menjana manusia yang berkualiti, dan memiliki nilai-nilai modal insan yang tinggi. Ini kerana al-hadis merupakan gambaran kehidupan, pemikiran, tingkah laku, akhlak Rasulullah SAW. Berdasarkan hakikat ini, tingkah laku Rasulullah SAW adalah dianggap “suri teladan” dalam menentukan hala tuju gelagat manusia itu sendiri. Ini dtegaskan oleh Saidatina Aishah, apabila ditanya, bagaimanakah akhlak Rasulullah, Saidatina Aishah menjawab bahawa akhlak Rasulullah SAW ialah al-Quran. Memisahkan pembangunan modal insan daripada acuan Islam, merupakan suatu penyelewangan daripada hakikat fitrah kejadian manusia itu sendiri.2.0Isi dan huraian4
Cabaran Sains Dan Teknologi Moden ke Atas umat Islam PDF_4
2.1ObjektifDi akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat :--Menyatakan peringkat perkembangan sains dan teknologi -Menjelaskan perspektif islam terhadap sains dan teknologi -Menghuraikan prinsip utama yang menjadi landasan sains dan teknologi islam2.2Konsep Sains & Teknologi- Ajaran islam tidak menegah manusia daripada melaksanakan kegiatan sains dan teknologi. Perkara ini telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh ulama dan sains Muslim. Bukti-bukti daripada nas al-Quran juga menunjukkantiada halangan bagi manusia untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan ilmu-ilmu sains, bahkan ia adalah digalakkan dan hukum mengembang dan mengaplikasikan sains dan kemaslahatan umat manusia adalah fardhu kifayah.2.3Sains & Teknologi Menurut Bahasa & IstilahMaksud sains dan teknologi moden: Dari segi bahasa:Sains : Diambil daripada perkataan latin iaitu scio, scire atau scientia bermaksud tahu.Teknologi : Diambil daripada bahasa Yunani techne iaitu seni atau kerja tangan dan perkataan logos iaitu teori.Dari segi istilah:5
Cabaran Sains Dan Teknologi Moden ke Atas umat Islam PDF_5
Sains : Mengikut kamus dewan, sains iaitu satu cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata mata seperti ilmu fizik,kimia,kaji hayat dan sebagainya.Teknologi : Teknologi bermaksud penggunaan bersistem hasil daripada pengetahuan sains untuk tujuan amali bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.2.4Kedudukan Sains Dan Teknologi Dalam IslamSkop: Sains dan teknologi islam merangkumi pelbagai bidang ilmu yang bersumberkan wahyu dan ilmu intelek manusia yang tidak bertentangan dengan syariat .Tujuan : Sains dan teknologi dalam Islam bertujuan memberi kemudahan kepada manusia dan menjaga keharmonian alam semesta.Kefardhuan: Kefardhuan sains dan teknologi dalam islam merangkumidua kefardhuan iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah.Bidang sains dan teknologi menjadi fardu ain sekiranya ia dapat menyelesaikan perkara perkara asas dalam islam.Manakala menjadi fardhu kifayah dalam memberi sumbangan yang besar untuk menyempurnakan fardhu ain.Contohnya, mewujudkan sistem pengairan bagi memudahkan manusia untuk bersuci dan berwuduk.6
Cabaran Sains Dan Teknologi Moden ke Atas umat Islam PDF_6

End of preview

Want to access all the pages? Upload your documents or become a member.

Related Documents
PERLINDUNGAN HAKI DAN DAMPAKNYA TERHADAP
|10
|5494
|75

Penghayatan Iman dan Formalisme Agama
|4
|793
|227

(PDF) PENGARUH PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN
|16
|2217
|184

Literature Review : Assignment Sample
|22
|4843
|336

Analysis of Ayat on Akhlak in Islam
|15
|2611
|60

Pada era globalisasi ini in English
|15
|2611
|510